Menu Utama

Najib umum inisiatif untuk veteran ATM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif untuk para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.



Najib berkata, inisiatif pertama yang disalurkan untuk para veteran ATM tidak berpencen ialah Bantuan Bakti Negara (BBN) yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan daripada kerajaan khas kepada golongan tersebut.

“Inisiatif kedua yang saya ingin umumkan ialah berkaitan penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM yang dinamakan Skim Anuiti Veteran (SAVe).

“Seterusnya inisiatif ketiga ialah penambahbaikan terhadap Skim Pencen Hilang Upaya bagi Veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun serta tidak menerima pencen perkhidmatan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Menurut Perdana Menteri, bagi veteran yang mengalami kelainan upaya selepas bersara, PVATM telah mewujudkan Insentif Veteran Kelainan Upaya.

Najib berkata, melalui insentif ini mereka menerima sejumlah RM500 setahun melalui dana yang diperoleh hasil daripada kutipan Tabung Pahlawan.

“Saya sendiri akan menambah sebanyak RM500 lagi dengan menggunakan peruntukan kerajaan menjadikan jumlah keseluruhan insentif ini kepada RM1,000.

“Selain itu, kuota untuk veteran ATM mengerjakan haji juga turut ditambah pada tahun ini kepada 400 orang tahun ini berbanding 100 pada tahun sebelumnya,” katanya.

Tambah Najib, kerajaan juga akan menyalurkan RM5 juta untuk Tabung Pahlawan 2017 bagi mengenang jasa-jasa anggota ATM yang telah berkorban mempertahankan negara. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome