Menu Utama

Najib Pun Tak Pernah Kata Buat MRT Pakai Duitnya

DAP dan top dog mereka, Mahathir, hilang kata-kata untuk menyanggah banyak kebaikan yang dilakukan Datuk Sri Najib Tun Razak terhadap rakyat.  Sementara masing-masing sibuk berpolitik 24 jam dan menjanjikan harapan, Najib terus berkhidmat kepada rakyat dengan menyiapkan pelbagai projek yang bukan sahaja memudahkan bahkan mengurangkan kos kehidupan rakyat.

MRT antaranya.  Sebelum itu ada Pan Borneo, KLIA2 dan berbagai lagi.  Nak sebut semua pun takut tak cukup ruang.

Terdesak, tak tahu nak buat apa, DAP menyerang MRT dengan menyatakan projek MRT itu adalah dibina dengan duit rakyat, bukan duit Najib.  Eh, sejak bila la pulak Najib dakwa MRT dibina dengan duit poketnya sendiri?  Kenyataan macam ini sama bodoh kalau Guan Eng kata bina terowong bawah laut guna duit poketnya (bukan nak pinjam duit dari China), Najib bukan bodoh macam itu.  Benda takde isu, tapi DAP dan top dognya menjadikan isu.

MRT ni bukan soal guna duit siapa untuk membinanya, ia soal visi Najib sebagai seorang Perdana Menteri untuk melihat negaranya maju, soal mengurangkan kos kehidupan rakyat, soal memudahkan rakyat – disamping menunaikan janji Barisan Nasional dalam manifesto PRU13 – itu soalnya, bukan cerita pakai duit siapa. 

Anyway, belum pernah lagi penulis ternampak ada pemimpin kerajaan dalam dunia membina infrastruktur rakyat dengan guna duit sendiri, tak tahulah kalau Azmin dan Guan Eng keluar duit sendiri buat infra di negeri diperintah masing-masing?  Toksah kata duit sendirilah, kelibat Azmin dan Guan Eng merasmikan infra rakyat pun jarang-jarang kelihatan.

Membuktikan mereka sendiri pun sepanjang jadi pemimpin kerajaan negeri, tidak melaksanakan projek rakyat, gebang saja besar.  Cuba sebut apa infra rakyat berskala besar yang diumum dan sudah disiapkan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang semenjak 2008 sehingga sekarang?  Boleh dikatakan satu pun takde.

Sebab itu bila Azmin rasmi satu persimpangan bertingkat di Bangi (dibina sepenuhnya oleh 7 pemaju perumahan, bukan kerajaan negeri) baru-baru ini, pegang gunting nak potong reben tu pun nampak janggal pasal jarang merasmikan apa-apa projek infra rakyat yang berskala besar.  Setakat buat gimik masuk longkang bolehlah, itulah saja pun standard MB Pakatan.

Guan Eng?  Projek skala besar ada tapi sebutir konkrit pun belum bertuang lagi sekalipun beratus juta wang rakyat sudah dihabiskan membayar konsultan untuk kerja berkaitan kertas yang sebenarnya, belum pun siap.  Efisien sangatlah tu.






Satu Komen to Najib Pun Tak Pernah Kata Buat MRT Pakai Duitnya

  1. TORATORA says:

    Bercakap dengan orang bodoh yang penuh rasa dendam ni memang sukar. Mereka tidak dapat membezakan ayat2 fakta, sindiran atau kiasan. Atau saje2 buat bodoh sebab ketandusan idea.

Leave a Reply

Threesome