Menu Utama

Muhyiddin, Tunggul Dalam Partinya Sendiri, Lebai Malang Dimata Mahathir

RAKYAT, hari-hari dihidangkan dengan perbalahan dalaman PPBM, hampir setiap minggu lihat Mahathir buat U-turn (sampai tahap jadi manusia munafik) dan sebagainya – tanpa kita sedar bahawa mangsa sebenar dalam semua insiden ini ialah Muhyiddin.  Dialah tunggul, dialah lebai malang!!

Ironinya, ia adalah Muhyiddin yang dulu merungut jadi Timbalan Presiden tunggul kayu semasa dalam UMNO.  Apa sekali dalam partinya sendiri pun, Muhyiddin dilayan macam tunggul kayu juga.  Depan hidungnya Ketua Pemuda dan Naib Presiden bertelagah sesama sendiri.  Depan hidungnya hubungan asmaranya dengan apa yang dulu bini orang, dipersoalkan ahli parti.  Selayaknya tunggul, tidak ada apa yang Muhyiddin dapat lakukan untuk menghalang semua itu dari berlaku.

Dirujuk pun tidak, berbunyi pun tidak.  Seoalah-olah parti bercapkan bunga ini macam kapal tiada nakhoda, buatlah macam mana pun ikut suka.

Sementara di London, Muhyiddin diumpamakan seperti lebai malang oleh Mahathir.  Setelah segala pengorbanan yang dilakukan, Mahathir mahu Anwar juga menjadi Perdana Menteri, bukan Muhyiddin.  Menariknya Mahathir, masa dia jadi Perdana Menteri, ada kuasa dnia untuk jadikan Anwar Perdana Menteri, tak pulak dibuatnya, malah dipecatnya kawan tu.  Sekarang, masa dia takda kuasa apa-apa, dia nak Anwar jadi Perdana Menteri pulak.

Hanya orang yang hidupnya tiada prinsip saja yang teruja dengan kenyataan Mahathir mahu Anwar jadi Perdana Menteri.  Kalau lembu pun prinsipnya pada tali, binatang apa nak diumpamakan manusia tiada prinsip seperti Mahathir ini?

Janganlah kuda….






Leave a Reply

Threesome