Menu Utama

‘Minta Maaf’: Skrip Plot Lama Muncul Kembali

Akhirnya, skrip yang ditunggu-tunggu penulis terbit sudah dari mulut bekas Perdana Menteri itu. Skrip yang sama pernah dikeluarkan terhadap Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hari ini, skrip itu jugalah dia putarkan. Dia kononnya meminta maaf kerana menyokong supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sebelum ini. Seperti biasa, dia kononnya “tertipu”…

Persoalannya, siapa tipu siapa? Siapa yang menipu dan siapa yang tertipu sebenarnya?

Difahamkan sudah berkali-kali dilapor padanya tentang ‘kisah gelap’ Anwar, tapi kenapa dia mengambil masa yang lama untuk percaya? Selepas Anwar gugat kerusi Perdana Menteri yang dia duduk, baru dia mahu percaya pada ‘kisah gelap’ Anwar itu?

Pada pandangan penulis, dia hanya berpura-pura meminta maaf tentang Anwar. Dialah yang membawa masuk Anwar, dialah yang mendidik Anwar, dialah yang buat Anwar ‘kebal’, dialah juga yang restu Anwar ‘pijak kepala’ ramai pejuang-pejuang UMNO yang lebih berjasa kepada perjuangan parti ketika itu.

Permohonan maaf padanya hanyalah sekadar retorik politik untuk menjustifikasikan keadaannya untuk terus membenam karier politik Anwar ketika itu.

Dan begitu juga senarionya dengan Pak Lah. Dia konon memberi alasan melantik Pak Lah sebagai penggantinya kerana imej ‘Mr. Clean’. Padahal, dari awal lagi dia tahu tentang karekter Pak Lah yang lemah politik dan mudah dijatuhkan.

Kemudian dia minta maaf kerana lantik Pak Lah sebagai pengganti kerana dikaburi imej ‘Mr Clean’? Kenapa dia tidak berterus terang bahawa tindakannya itu adalah ia adalah antara sebahagian dari plot ‘master plan’ meneruskan legasi politik peribadinya?

Kini giliran Najib pula? Dia fikir mudah untuk jatuhkan Najib dari dalam UMNO. Bila gagal, dia pakai skrip lama untuk keluar parti. Memandangkan seluruh warga UMNO tetap setia pada Presiden Parti, dia sedar dia tewas dan egonya tercabar.

Dia tubuhkan parti baru, padahal jika benar dia mahu satukan semua pembangkang, dia boleh sertai PKR, PAN mahupun DAP, dan kemudian satukan semua parti itu tanpa melibatkan terlalu banyak komponen yang bakal memeningkan kepala.

Tapi kenapa dia pilih untuk tubuh parti baru? Kerana jawatan, bukan? Jika dia tidak tubuhkan parti baru, masakan dia dan anaknya dapat menjawat jawatan tertinggi dalam parti? Jika masuk PKR, dia boleh jadi pemimpin tertinggi PKR?

Pada hemat penulis, mungkin dia boleh tipu budak-budak muda yang tolol politik, tapi tidak pada kami yang dewasa di zaman dia mentadbir dan pernah mengikuti rapat secara langsung menganalisis gerakan-gerakan catur politiknya.

Dia tidak akan mudah meminta maaf selagi permohonan maaf itu tidak menguntungkan diri dan kepentingan politiknya. Itu adalah salah satu strategi politik lamanya yang mudah dibaca. Malangnya, kami tidak akan tertipu lagi kali ini.

Maaflah, kami tidak ‘kanyaq’ seperti budak-budak Armada. Kami juga tidak ‘bebal’ seperti mereka yang mudah terpengaruh dengan ketaksuban pada individu. Kami punya akal untuk berfikir dan yang pasti, kami takkan tertipu lagi dengan percaturan warga emas itu…






4 Komen to ‘Minta Maaf’: Skrip Plot Lama Muncul Kembali

  1. Pemerhati says:

    macam berkuasa besar, UMNO macam mak bapak iblis bernama mahathir punya & macam iblis ini sahaja yang mempunyai kuasa menentukan boleh atau tidak Najib dilantik untuk menggantikan Pak Lah…jawatan apa iblis bernama Mahathir ini pegang dalam UMNO semasa Pak Lah serah jawatan PM kepada Najib?

    ianya mengikut perlembagaan & hirarki dalam UMNO serta merupakan persetujuan kerajaan BN pada masa itu bagi Najib menggantikan Pak Lah bukan atas sebab iblis bernama mahathir punya kemahuan apatah lagi memerlukan keizinan dari iblis bernama mahathir ini bagi melayakkan Najib dapat menggantikan Pak Lah

    sekarang ini ada cerita lawak sedang hangat diperkatakan oleh rakyat…cerita lawak ini belum pernah berlaku di negara lain tapi telah berlaku hanya di Malaysia…rakyat percaya orang di negara lain pasti ada yang telah, sedang & akan lagi mentertawakan pembangkang di Malaysia…mereka tertawa sebab pembangkang di Malaysia boleh menentukan siapa bakal menjadi PM Malaysia ke 8 tapi tidak dapat menentukan siapa bakal menjadi PM Malaysia ke 7

    ‘lawak’ pembangkang bernama ‘harapan’ ini merupakan satu amalan politik luar tabi’e, inilah natijah apabila iblis bernama mahathir & parti cap bunga bersekongkol dengan bakal PM ke 8 yang tersohor sebagai penjenayah seks luar tabi’e

  2. Memang Baik says:

    Politik kita politik 24 dalam satu hari, 12 bulan, 365 hari dalam setahun. Berbeza dgn Us dan lain2 negara demokrasi yang berkempen, berpolitik hanya 4 atau 5 tahun sekali.

  3. Memang Baik says:

    POlitik kita politik pecah belah. Polis bunuh lawan untuk cita2 sendiri.Politik kita kuat bohongnya, busuk juga hati mereka.

  4. Pemerhati says:

    perangai iblis suka menghasut manusia membuat fitnah kerana fitnah itu boleh menimbulkan rasa benci dikalangan manusia lain kepada manusia yang difitnah selepas terpengaruh(percaya) dengan fitnah itu jadinya bukan si tua kutuk bernama mahathir sahaja layak digelar iblis malah ramai lagi orang pembangkang layak digelar iblis…orang PAS juga tidak terkecuali digelar iblis…jangan fikir selepas PAS bermufarakah dengan DAP lalu PAS bermufarakah juga dengan iblis kerana tidak mahu lagi mengikut hasutan iblis supaya membuat fitnah…pakai serban pun ada yang lebih teruk perangai iblisnya

Leave a Reply