Menu Utama

MEMORANDUM ARMADA: KAMI LARI TERCIRIT

Seminggu yang lalu, ketika ditularkan di media sosial tentang hajat Armada untuk datang ke PWTC untuk menyerahkan memorandum berkenaan program Nothing To Hide 2.0, bukan kepalang suara-suara komentar mereka. Bak guruh berdentum, bumi bergegar, rasanya PWTC akan runtuh pada hari berkenaan.

Tadi, bertempat di PWTC, hajat Armada untuk hadir telah disambut dengan penuh meriah oleh pemuda UMNO selaku tuan rumah, persis kemeriahan rumah terbuka. Dikepalai oleh Sdr Razlan selaku Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, sikap mengalu-alukan tetamu oleh pemuda UMNO jelas kelihatan. Sedang Armada kelihatan malu untuk masuk ke rumah pemuda waima waktu 2.30 petang semakin berlalu, pemuda dengan ikhlas keluar untuk mencari tetamu yang malu-malu itu di Sunway Putra Mall.

Mungkin disebabkan terlalu malu sungguhpun berbusana ala pendekar Melayu, Armada terpaksa bersembunyi di sebalik anggota-anggota Polis yang bertugas, hanya untuk mengelak dari menerima pelawaan pemuda UMNO. Teknik bersembunyi di sebalik anggota keselamatan ini bukan baharu, kerana idola mereka dahulu juga cukup bijak mengatur strategi bersembunyi di belakang watak-watak lain. Nanti bila ditanya, maka jawablah “Saya tidak tahu”. Mudah sahaja, kan?

Sembang berdegar, bila tuan rumah ajak masuk, tahu pula kaki menggigil. Akhirnya, bilangan mereka semakin mengecil, hilang entah ke mana persis misteri kerugian jutaan wang ringgit dalam skandal Forex suatu ketika dahulu. Sambil melihat di sekitar kawasan Sunway Putra Mall, penulis tertanya-tanya ke mana hilangnya Armada berbusana Melayu tadi.

Apakah mereka mengambil kesempatan jualan murah kurta pasca Aidilfitri Sunway Putra Mall untuk menukar persalinan agar tidak terlihat bahawa merekalah Armada? Kesipuan barangkali.

Laungan “Mahathir” oleh Armand Azha sambil disambut “perompak” oleh pemuda UMNO menjadi santapan halwa telinga ibarat lagu Seloka Di Hari Raya. Apatah lagi jika laungan itu disambung pula “Siapa Kata?” dan dijawab oleh pemuda UMNO “Anwar dan Mat Sabu yang kata”.

“Bukan UMNO yang kata”, itu pengakhiran bait-bait lagu di “rumah terbuka” pemuda UMNO di PWTC sekitar jam 3.40 petang tadi. Penulis fikir, adalah lebih baik Armada anjurkan Nothing To Hide 2.0 dengan mendahulukan Dr. Mahathir untuk menjawab persoalan dari rakan-rakan Armada yang mempersoalkan kekayaan anak-anak Dr. Mahathir.

Kira-kira 4 juta ahli Armada tadi jelas tidak dapat menandingi 300 orang Pemuda UMNO. Di “rumah terbuka” Pemuda UMNO, Armada lari tercirit.






3 Komen to MEMORANDUM ARMADA: KAMI LARI TERCIRIT

  1. Cik Gu says:

    Hehe.

  2. sman says:

    Berpuloh tahun Anwar ,Mat Sabu dan Lim Kit Siang bersayarah mengenai buruknya Mahahtir yg di selaputi sifat diktator ,kornisma ,nepotisma,korup ,zalim dsb ,tiba tiba mereka lah pula yg meletakan Mahahtir sebagai pemimpin utma di kalangan mereka .Bayangkalah betapa pembohong dan hipokritnya mereka ini.Pengikut mereka menganguk saja ke?.Kesian sunguh.

  3. Kamarul says:

    http://www.malaysia-today.net/mahathir-shoots-his-own-horses/ Armand Adha adalah barua Mahathir. Jaga-jaga!

Leave a Reply