Menu Utama

Mahathir

Mahathir “Menjual Cerita” Zahid Hamidi

RUPA-rupanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sentap berkenaan isu Iskandar Kutty. Beliau seolah-olah melancarkan serangan balas terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mendakwa kononnya Menteri Dalam Negeri itu pernah menemuinya apabila dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk memohon simpati dan sokongan bagi menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam keadaan sekarang Mahathir sepatutnya tahu bahawa beliau perlu memberikan bukti atas dakwaan tersebut memandangkan tahap kepercayaan rakyat terhadap bapa Mukhriz tersebut amat rendah setelah skandal Forex Bank Negara telah didedahkan kepada pengetahuan umum.

Rakyat turut melihat Mahathir sebagai individu yang penuh dengan dendam kesumat terhadap Zahid yang mendorong beliau memfitnah TPM tanpa berfikir panjang asalkan perasaan amarah beliau reda.

Zahid telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada kabinet memandangkan beliau dikatakan bersekongkol dengan Mahathir untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pemberontakan tersusun.

Oleh itu, secara logiknya tidak mungkin Zahid akan “mengadap” Mahathir untuk mendapatkan simpati dan sokongan bagi mengantikan Najib selepas apa yang terjadi pada Muhyiddin. Rakyat tahu Zahid tidak sebodoh Muhyiddin bersekongkol dengan Mahathir.

“Zahid mesti ingat apabila Zahid jadi timbalan perdana menteri, datang jumpa saya cuba nak dapat simpati saya, sokongan saya.

“Saya kata benar-benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan, Yang mana itu tak mungkin, Zahid kena tunggu Umno tentukan siapa yang nak ganti Najib.

“Belum tentu Zahid ganti Najib. Bila nak simpati saya, datanglah. Ini tak boleh dapat carilah jalan, jalan yang bohong macam ini,” katanya dalam kenyataan video, hari ini.

Mungkin usia telah memudarkan ketangkasan Mahathir berfikir sehingga beliau gagal melihat bahawa rakyat dapat membaca pembohongan beliau tersebut dengan pantas. Dalam rakaman ringkas itu bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut berkaitan dakwaannya itu.

Orang terdesak memerlukan langkah-langkah terdesak bak kata pepatah Inggeris, “a drowning man will clutch at straw”. Dan Mahathir adalah “a drowning man will clutch at straw”. Kita diingatkan agar jangan mendekati lelaki yang sedang lemas kerana dia akan menarik kamu dan membawa kamu ke bawah dengannya.

Dalam perkara ini, sudah tentu Zahid cukup bijak untuk menjauhkan diri daripada Mahathir yang sedang kelemasan. Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 3 Ogos 2015.

 






Satu Komen to Mahathir “Menjual Cerita” Zahid Hamidi

  1. […] Mahathir “Menjual Cerita” Zahid Hamidi […]

Leave a Reply