Menu Utama

Mahathir mengaku tidak konsisten

Dr. Mahathir Mohamad mengakui pendiriannya terhadap isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berubah-ubah selaras dengan keperluan semasa.

Pengakuan itu mencerminkan bekas Perdana Menteri terbabit akan melakukan apa sahaja demi lonjakan politiknya.

Dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengakui pendiriannya ketika ini cenderung mengatakan bekas timbalannya tidak bersalah.

“Politik penuh dengan kejutan. Dia (Anwar) pernah menang menentang saya kemudian kami bekerja bersama-sama dalam UMNO untuk beberapa tahun.

“Itu pendirian saya ketika itu dan kini keadaan sudah berubah, itu di atas tanggungjawab saya, mungkin ia berubah pada tahun depan, siapa tahu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mencabar Dr. Mahathir untuk memberi penjelasan sama ada beliau masih kekal dengan tuduhan pemimpin tidak bermoral terhadap Anwar yang pernah dibuat sejak 1998.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia menyokong Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam pilihan raya umum.

“Kalau rakyat mahu, saya bersedia mengenai perkara ini.

“Namun kedudukan saya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah setaraf dengan Datuk Seri Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN),” katanya.

Utusan






Leave a Reply

Threesome