Menu Utama

Mahathir Jangan Gelabah Sangat, RCI Mana Yg Pernah Penjarakan Orang?

HANYA orang tua bodoh saja percaya kalau Datuk Sri Najib Tun Razak mahu memenjarakan musuh politiknya, beliau akan menubuhkan RCI untuk mencapai hasrat tersebut.  Ikut kajian penulis, dalam sejarah penubuhan RCI di negara ini, belum pernah ada sesiapa lagi yang dipenjarakan kerananya.

Najib, kalau betul pun nak penjarakan sesiapa (kalaulah beliau ada kuasa nak sumbat sesiapa masuk penjara), akan guna mahkamah, bukan RCI.  Ini kebarangkalia yang paling dekat, nak dibandingkan dengan Mahathir dulu yang menggunakan undang-undang seperti ISA (bukan mahkamah pun) untuk memenjarakan musuh-musuh politiknya.

Itu satu hal, satu hal lagi, kenapa Mahathir nak menyeret pemimpin Pakatan lain kononnya juga mereka juga berhadapan risiko nak dipenjarakan kalau RCI ini ditubuhkan?  Apa kena mengena pemimpin Pakatan lain (kecuali Anwar) dalam skandal Forex ini pun?

Benda mudah pun Mahathir tak boleh nak fikir?  Ada sebablah diadakan RCI, bukan terus hadap Mahathir ke Mahkamah dalam skandal Forex ni kalau tujuannya nak penjarakan Mahathir.

Maka itu jelaslah cerita-cerita Mahatir kononnya RCI ini ditubuhkan untuk sumbat di ke dalam penjara, hanyalah satu cerita dongeng untuk mendapatkan simpati disamping mengalihkan perhatian rakyat dari kesalahan yang mungkin Mahathir lakukan dalam skandal tersebut.

Ini bukan pertama kali Mahathir diseret ke dalam RCI tapi dalam tempoh 5 tahun ini saja, masuk kali kedua, kali pertama dalam hal projek IC di Sabah.  Siapa yang masuk penjara dalam RCI itu?  Jadi apa yang Mahathir bimbangkan sangat?  Lainlah kalau ada sesuatu yang nak disembunyikan maka itu Mahathir berasa sangat yakin sekali RCI ini akan menyebabkannya masuk penjara!!

Anyway, dah kemana gebang gebung Mahathir sebelum ini kononnya berani kerana benar?  Baru RCI saja pun dah melarat tak tentu arah.






4 Komen to Mahathir Jangan Gelabah Sangat, RCI Mana Yg Pernah Penjarakan Orang?

  1. Memang Baik says:

    Yang merompak dia. Yang kaki rasuah dia. Yang penjara lawan pun dia.

  2. Jika DOJ di guna pakai sebagai instrumen perundangan bagi mendapatkan balek kononnya duit dan barangan yang terlibat di dalam isu kontroversi 1MDB maka kaedah yang serupa di nasihatkan pula di guna pakai bagi mendapatkan kembali wang rakyat yang di selewengkan di dalam perjudian Forex oleh malaun malaun penyamun tarbus.Barisan penyamun perompak dana simpanan BNM ada 2 kemungkinan.Dengan sengaja menjual dan membeli posisi open contract seperti memindahkan dari poket kiri ke poket kanan.Jadi mengkambing hitamkan orang lain spekulator seperti Soros dan agensi spekulator lain padahal orang yang serupa dengan sengaja merugikan duit rakyat simpanan BNM dan mengkaut di bursa Forex lainnya melalui proksi proksi terpilih.Proses sengaja membina kerugian dengan niat jahat untuk agenda peribadi dan mengkaut kononnya keuntungan hasil daripada tindakbalas khianat tersebut adalah sangat bertepatan.Bila angka angka ini melibatkan berbilion maka niat dan perbuatan jahat ini membabitkan mereka mereka yang sedang memegang kuasa seperti Menteri Kewangan,Perdana Menteri dan Gabenor Bank Pusat yang hanya berkuasa berbuat demikian dengan niat jahat dan khianat.Jadi,penubuhan RCI amat tepat tetapi harus mempertimbangkan 1 lagi skop siasatan iaitu bagaimana untuk mendapatkan balek duit rakyat yang di rompak dan di samun oleh penjenayah penjenayah kolar putih kerana angka berbilion dolar bukan semudah itu di telan zaman dan hangus begitu saja.Jejak jejak setiap ringgit boleh di kesan dengan jayanya jika RCI memberi kuasa dan melantik satu pasukan forensik kewangan berdedikasi dengan matlamat mengesan dan mendapatkan balek setiap sen wang rakyat sebagaimana DOJ di guna pakai sebagai intrumen mendapatkan balek kononnya wang dan aset yang di selewengkan didalam isu kontroversi 1MDB.Jenayah forex BNM adalah serius dan selagi ianya tidak di selesaikan maka generasi X,Y & Z akan menanggung sengsara bahangnya.

  3. Memang Baik says:

    Ewo wrongs dont make one right. You have to tell 1000 lies to cover one lie. Itu ;lah yang sedang M lakukan sekarang.

  4. sman says:

    Mahathir berada dalam keadaan yg paling lemah sekarang.Orang yg ego,spmbong dan keras kepala macam beliau tidak mungkin sanggup menjilat kahak paling pekat dan busuknya kalau tidak kerana terdesak..Seluruh dunia tahu ,apa yg dia buat dan kata pada Anwar dan sekarang seluruh dunia juga tahu bagaiman dia ‘uturn’ mengenainya ,cukup malu dan menghina diri sendiri.Tapi ada juga balacinya mendabik dadak kononnya yg panik ialah PM Najib.Bodohnya.

    Kesian Mahathir ,ketakutan yg di alami nya langsung tidak mendapat simpati penyokongnya sendiri.mereka masih seronok menghasut Mahathir supaya terus ‘bergasak’ sehingga semuanya terlondeh dan dia tinggal bertelanjang bogel.Malunya.

Leave a Reply

Threesome