Menu Utama

Mahathir dicabar minta maaf kepada Anwar

Tun Dr. Mahathir Mohamad dicabar supaya meminta maaf di atas segala percakapan serta perbuatannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998 berikutan tindakan terbaharunya mempertahankan bekas Ketua Pembangkang itu.

Perkara itu disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berikutan laporan The Guardian yang memetik kenyataan Dr. Mahathir kononnya hukuman dijatuhkan ke atas Anwar dilakukan secara tidak adil dan mahkamah telah dipengaruhi oleh kerajaan.

Salleh berkata, da­lam wawancara dengan media United Kingdom (UK) itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyifatkan badan kehakiman negara sebagai korup dan tidak jujur ketika menjatuhkan hukuman­ ke atas Anwar.

Beliau menegaskan, kenya­taan itu bukan sahaja telah me­nghina mahkamah, malah menyebabkan imej negara terjejas.

“Kenyataan Dr. Ma­hathir kononnya Anwar dihukum secara tidak adil dan keputusan mahkamah itu telah dipengaruhi oleh kerajaan adalah mengejutkan, tetapi pada masa sama melucukan.

“Hakikatnya, untuk membuktikan tuduhan itu Dr. Mahathir perlu bertanggungjawab dengan meminta maaf atas segala kenyataan yang dibuat dan perlakuannya terhadap Anwar sejak 1998.

“Tidak ada gunanya mendakwa Anwar disabitkan sebagai bersalah di atas jenayah yang tidak pernah dilakukannya tetapi tidak membuat apa-apa tindakan dengan sekurang-kurangnya memohon maaf,” katanya menerusi kenyataan di laman blog sskeruak.blogspot.my.

Mengulas lanjut Salleh memberitahu, kegagalan memohon maaf kepada Anwar bakal membuktikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kebimbangan Dr. Mahathir terhadap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kegiatan urus niaga mata wang asing yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian sebanyak RM30 bilion sekitar 1990-an.

Jelas Salleh, kebimbangan utama Dr. Mahathir ialah Anwar akan memberi keterangan terhadap beliau dan kebenaran berhubung kerugian RM30 bilion itu akan didedahkan.

“Oleh itu, langkah yang diambil oleh beliau terhadap Anwar ketika ini sebenarnya adalah tidak ikhlas,” jelas beliau.

Utusan






Leave a Reply

Threesome