Menu Utama

Mahathir & DAP Adalah Dua Perkara Terakhir Yg Peneroka Felda Mahukan

SAAT mula datang menyampah peneroka Felda kepada kerajaan, adalah bertitik tolak dari penurunan harga getah yang ketara pada tahun 1999.  Getah masa itu jatuh sekilo hampir serendah 50 sen dan kerajaan Mahathir pada ketika itu tidak berbuat apa mengenainya.  Tiada insentif tambahan diberikan untuk menampung kekurangan akibat harga getah yang rendah dilakukan kerajaan Mahathir – tak macam sekarang.

Akibatnya, majoriti peneroka terpaksa membuat dua kerja atau lebih untuk menampung kehidupan.  Krisis politik akibat dari pemecatan Anwar dan krisis ekonomi 1997 yang diakibatkan oleh kerugian dari perjudian Forex 1994, hanya memburukkan keadaan.  Sokongan peneroka Felda terhadap kerajaan mula menurun seperti dibuktikan dalam PRU10 pada tahun 1999 bila banyak kerusi kawasan Felda jatuh ke tangan PAS.

Yang paling diingat orang sudah tentulah kekalahan BN di kerusi DUN Jengka, Pahang.  Sebelum ada UiTM, ini adalah kawasan solid Felda, tapi akibat penurunan sokongan yang disebutkan, tak pasal Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS sekarang) menang di kawasan yang pada mulanya dianggap mustahil untuk PAS menang itu.  Kemenangan Tuan Ibrahim di Jengka diibaratkan seperti PAS menang pingat Emas Bolasepak Sukan Olimpik – walaupun satu tapi seolah menang semua sebab ia dianggap ibu segala pingat.

Nasib baik kerana undi bukan Melayu, kerajaan BN masih bertahan, di sebalik kejayaan pakatan pembangkang (Barisan Alternatif) mencatat rekod menang kerusi terbanyak dalam sejarah parlimen ketika itu termasuk menawan 1 negeri tambahan selain Kelantan (Terengganu).  Sudah jadi rahsia umum, Mahathir dah siap-siap nak isytihar darurat kalau BN kalah dalam PRU10.

Jadi, bila Mahathir menggariskan untuk “memulihkan Felda” dalam senarai keutamaan 100 hari pertama Pakatan memerintah negara KALAU menang PRU14, semua orang terecengang-cengang memikir apa yang Mahathir nak cuba pulihkan?  Masa jadi Perdana Menteri pun tidak banyak yang berubah di kalangan peneroka Felda, apa yang Mahathir mampu lakukan sekarang?

Apatah lagi, kali ini Mahathir bekerjasama dengan parti broker tanah seperti DAP ini, ingat peneroka Felda nak sokong ka?  Silap-silap Felda tak jadi apa, tanah peneroka yang ada ni pun berisiko tergadai.






5 Komen to Mahathir & DAP Adalah Dua Perkara Terakhir Yg Peneroka Felda Mahukan

  1. System baru says:

    Di zaman tun mahathir felda tak banyak berubah, malah buat produk sendiri pun tak mampu.
    Dizaman pak lah dan najib baru nampak tanda perubahan ,felda ada kilang minyak masak,felda ada kilang prosas minyak masak, di zaman tun mahathir minyak masak pun kena prosas di kilang kroni dia

  2. Memang Baik says:

    M tidak nampak Felda boleh beri manafaat padanya, pada bisnis anak2nya dan bisnis konco2nya, Tidak saperti Proton dan Petronas yang antaranya banyak beri menafaat pada dia dan puak2nya. Olih itu kita tidak nampak tumpuan M pada Felda langsong sejak dulu.

    JUsteru untuk diandaikan bahawa puak M sekarang telah menawan orang melayu di Felda ada sepekara angan mat jenin yang buang masa untuk dibahaskan.

    PAS akan boleh raih undi dari Felda selain tentunya Umno tapi bukan M.

  3. Memang Baik says:

    Ye, M dan DAP adalah 2 perkara yang tidak relevan dengan Felda. DAP kerana cina nya. Apa kejadahnya orang Felda undi DAP. M pulak memang konco DAP maka apa kejadah untuk peneroka Felda undi M.

    Buanglah segala angan2 kerana ada angan2 yang memberi kita dosa. Contohnya jika sesaorang benrangan masok syurga dan membesar2kan angan2 itu untuk pengetahuan orang lain… ini merupakan dosa jika dia sendiri engkar.

  4. geekpuk2 says:

    zaman tun=UMNO
    Zaman NAjib=UMNO

    zaman Tun=2/3 majoriti
    Zaman NAjib=

Leave a Reply

Threesome