Menu Utama

Luka Kecil Atau Sebenarnya Anwar Terpaksa Akur Kemahuan DAP

SEMUA orang tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat melupakan apa yang Tun Dr Mahathir lakukan terhadap beliau walaupun tanpa mengambil kira samada tuduhan tersebut benar atau pun tidak. Penjenayah yang melakukan kejahatan tetap tidak mahu dikenakan hukuman jika diberi pilihan. Malah mereka menyimpan dendam kesumat terutama terhadap perkara-perkara yang melibatkan maruah keluarga.

Oleh itu kenyataan Anwar bahawa keperitan peribadi dan luka yang beliau alami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara amat diragui keikhlasannya. Lebih-lebih lagi apabila beliau menekankan kononnya tindakan beliau untuk kepentingan rakyat memandangkan Anwar dilihat sering memburukkan Malaysia di luar negara berdasarkan tindak-tanduk beliau selama ini. Perkara tersebut tidak akan dilakukan oleh mereka yang menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Dakwaan bahawa Pakatan Harapan kononnya adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat adalah pembohongan yang nyata. Misi mereka kini berdasarkan kehendak DAP yang mengetuai pakatan pembangkang tersebut. PKR, PAN dan PPBM hanya “Pak Turut” yang tidak mampu melawan arahan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Anwar Ibrahim yang kini merengkok dalam penjara atas jenayah liwat jelas tidak berdaya melakukan apa-apa untuk mengingkari arahan DAP.  Tambahan pula, PKR sendiri mempunyai masalah dalaman yang agak kritikal apabila wujud kem-kem yang menyebabkan berlaku pertukaran Menteri Besar Selangor serta pemuafakatan dengan PAS di Selangor walaupun secara rasmi PAS bukan lagi dalam persepakatan mereka.

Dasar bersama PH lebih kepada dasar DAP, begitu juga dengan manifesto pembangkang tersebut. Kini DAP mengambil keputusan untuk bersama Mahathir yang menjadi musuh tradisi pembangkang. Anwar Ibrahim tidak ada pilihan melainkan menerima keputusan DAP tersebut walaupun dendam kesumat masih membara dalam diri beliau terutama ketika beliau sedang menjalani hukuman penjara atas jenayah liwat yang pada mulanya dibongkar oleh Mahathir.

Secara logiknya sudah pasti penyokong tegar Anwar seperti SUARAM, Otai Reformasi, Parti Sosiolis Malaysia dan lain-lain lagi mempertikaikan perkara ini. Namun apakan daya, Anwar masih dalam penjara. Oleh itu, beliau perlu akur kepada DAP.

Malah PKR dan PAN terpaksa tunduk kepada DAP yang didominasikan oleh mereka yang bukan Islam dalam isu-isu berkaitan dengan akidah dan agama Islam. Dengan kata lain, mustahil PH mampu memartabatkan kedudukan Islam apabila ianya dipandu oleh orang bukan Melayu yang memusuhi Islam secara tegar.

Rakyat Malaysia tahu bahawa Pakatan Harapan bermaksud bernakhodakan DAP. Dan parti tersebut bersifat rasis, chauvanist dan mempermainkan agama Islam serta menindas orang Melayu. Propaganda yang mereka bawa berniat jahat bagi menutupi jenayah mereka di Pulau Pinang dan Selangor.






Leave a Reply

Threesome