Menu Utama

Ketam Dalam Bakul Vs Melayu “Screw” Melayu

PILIHAN Raya Umum ke 14(PRU14) melihat banyak terma-terma menarik diutarakan oleh pihak pembangkang yang diketuai DAP dan pihak kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan  ahli Umno agar tidak menjadi seperti “ketam di dalam bakul” yang cuba melepaskan atau menaikkan diri masing-masing dengan memijak orang lain.

Masihkah anda ingat Hew Kuan Yau yang lebih dikenali dengan gelaran “Superman” kerana sering dilihat mengayakan lambang adiwira itu, mengundang kecaman orang-ramai selepas video ucapannya yang disifatkan sebagai rasis tersebar di ruang maya.

Menurut sumber, orang kuat DAP itu berucap dalam bahasa Mandarin yang disiarkan melalui Skype untuk kemudahan pengundi Sarawak.  Beliau dikatakan menyeru pengundi supaya mengundi calon DAP Batu Kitang, iaitu Aziz supaya dia boleh ‘screw’ (henjut) orang Melayu.

Kita boleh lihat dengan jelas bahawa ucapan pembangkang yang diketuai DAP bersifat “merosakkan” parti lawan manakala ucapan Barisan Nasional pula lebih kepada bersifat memperbaiki dan memperkukuhkan dalaman parti.

Zahid meminta ahli parti bersikap seperti semut yang sentiasa “bersalam” dengan rakannya apabila bersua bukannya berkelakuan seperti ketam dalam bakul yang memijak sesama sendiri hanya kerana mereka mahu keluar daripada bakul dan menyelamatkan diri atau menonjolkan dirinya.

Akhirnya kerana terpijak sesama sendiri, semua ketam itu mati, sedangkan sepatutnya ada seekor ketam yang boleh keluar dan mendapatkan bantuan untuk menjatuhkan bakul itu agar semua ketam tadi dapat diselamatkan. Zahid berucap demikian ketika menutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya.

Kini apabila Tun Dr Mahathir Mohamad “menawarkan” diri untuk menjadi “anjing” DAP (Top Dog Pakatan Harapan) maka rakyat dapat melihat dengan lebih jelas bahawa agenda Melayu “screw” Melayu seolah-olah telah menjadi misi khas pembangkang yang diketuai DAP ini.

Memandangkan perkara ini bukan lagi rahsia maka sudah menjadi tanggungjawab kita memastikan orang Melayu sedar berkenaan agenda Pakatan Harapan yang dipimpin DAP ini. Dalam masa yang sama ahli Umno perlu memperkukuhkan parti dari dalam. Semua pimpinan di peringkat negeri perlu bersatu.






Leave a Reply