Menu Utama

Kerajaan DAP PP tak perlu dolak-dalik – SPRM

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak perlu berdolak dalih, sebaliknya dituntut menunjukkan keikhlasan sebenar untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guang Eng itu tidak perlu meletakkan pelbagai syarat untuk menandatangani ikrar terbabit.

Katanya, IBR bukan satu bentuk paksaan, sebaliknya ia hadir dari kesedaran setiap agensi dan kerajaan negeri dalam membendung amalan rasuah di negara ini.

“Saya tak tahu hebat betul Pulau Pinang ini, terpulanglah dia nak buat ke tidak. Tidak perlu berdolak dalik, biarlah dia sendiri saja tak payah buat, ini komitmen negeri untuk tandatangan bagi memastikan mereka memang mahu bebas rasuah.

“IBR satu perkara yang dibuat secara sukarela, kita (SPRM) pelopor, tapi yang nak buat itu dia akan hubungi SPRM, macam hari ini bukan kita minta tapi Tan Sri (Abdul Khalid Abu Bakar) datang sendiri,” katanya.

Katanya, tidak ada satu negeri pun yang menghubunginya secara terus, sebaliknya mana-mana negeri yang mahu melafazkan ikrar itu akan melakukannya secara sukarela, dengan menghubungi pejabat SPRM negeri.

“Ini kesungguhan kerajaan negeri dan agensi. Bila nampak sukarela, ada keikhlasannya. Mereka boleh buat macam PDRM, yang dapat lakukan di seluruh negara, ini kita kagum. Kalau buat secara paksa rakyat tidak yakin, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis IBR Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini.

Terdahulu IBR polis dilafazkan sendiri Abdul Khalid, turut disaksikan sendiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas melafaz ikrar, Abdul Khalid dan Dzulkifli menandatangani dokumen bebas rasuah sambil disaksikan sendiri Ahmad Zahid, serta lebih 200 anggota PDRM yang bersama melafazkan ikrar berkenaan.

IBR yang ditandatangani PDRM hari ini dibuat serentak di seluruh negara, sebagai membuktikan komitmen agensi penguat kuasa itu dalam membendung amalan rasuah dalam kalangan anggotanya.

Berita Harian






Leave a Reply

Threesome