Menu Utama

Kata DAP, Pakatan Tidak Ada Ketua, Ni Top Dog Dah Bersuara..

ADAT berpakatan ni lebih kurang macam kawanan anjing atau serigala jugaklah, mesti ada seekor paling dominan diantaranya.  DAP bagaimanapun cuba nafi hakikat ini dengan berulang kali kata Pakatan tidak ada ketua, semua keputusan dibuat secara konsensus kata mereka – bahasa tinggi untuk kelompok yang cakap melayu pun tak berapa reti.

Sekali semalam Mahathir mengaku sebagai Top Dog dalam Pakatan – maksudnya kalau Pakatan ini kawanan anjing, Mahathir adalah seekor yang paling dominan, dia nak kata dia ketualah tu. Jadi sekarang mana satu betul ni, DAP kata Pakatan tidak ada ketua atau Mahathir kata dia Top Dog (ketua)?

Mana-mana satu pun rakyat sudah kena tipu, cuma tak tahu oleh yang mana satu, DAP atau Top Dog Mahathir.

Penulis sebenarnya cenderung memikirkan bahawa, kedua DAP dan Mahathir ini sebenarnya sedang menipu penyokong DAP.  Penyokong DAP adalah mangsa sebenar dalam penipuan ini kerana mereka memang tidak boleh terima Mahathir sebagai Ketua dan Mahathir pulak tidak boleh biarkan DAP meenguasai segalanya dalam Pakatan.

Dulu tanpa Mahathir, semuanya mudah, sekarang adanya Mahathir segalanya nampak nak punah.  Tak hairanlah sejak logo dan struktur baru organisasi Pakatan dirasmikan, tidak ada follow up apa yang lain selepas itu, pendaftaran Pakatan sebagai sebuah pertubuhan sah contohnya, apa cerita pasal ini?  Langsung tak ada..

Sebetulnya, ada sebab Mahathir pilih idiom seperti Top Dog ini untuk gambarkan dia sebagai ketua Pakatan   Ada banyak pilihan perkataan lain dalam dunia ni yang boleh digunakan tapi Mahathir pilih Top Dog jugak, kenapa?

Nak tahu tu, kena tengok fungsi Top Dog dalam kawanan anjing yang sebenarlah – tak kuasa teman, penyakit anjing gila tengah merebak.






Satu Komen to Kata DAP, Pakatan Tidak Ada Ketua, Ni Top Dog Dah Bersuara..

  1. Memang Baik says:

    Pada fahaman kita top dog beri makna pemimpin paling tinggi dalam satu kumpulan . Walaupun Kita rasa lebih tepat jika kita terjemahkan top dog jadinya anjing yang paling atas pada segala anjing yang ada .

    Yang lain itu memang mereka akui sebagai anjing jugak tapi yang jadi top anjing cuma seorang

    Untuk itu anda terus boleh berbangga diatas ke anjing an anda sendiri .

Leave a Reply