Menu Utama

Kami warga miskin bersyukur dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk PM

oleh Kang Nasir

Syukur Alhamdulillah. Saya rasa bertuah ada HIKMAH Allah tentukan nasib saya dalam golongan orang miskin. Sebab kami tak pernah ditipu dizalimi PM. Malah kami warga miskin sentiasa berdoa semoga Allah berkati usaha PM & dipermudahkan urusannya. In’shaa Allah.

Saya antara jutaan warga miskin, tak payahlah bersusah payah beramal ibadah dengan amalan FITNAH. Tak perlu tipu kani. Kami warga miskin tidak pernah pun ditipu dizalimi Najib. Hentikanlah dari memperalatkan kami warga miskin konon bersimpati pada nasib kami. Hina sangat ke kami bagi pandangan kalian? Sudah2lah tu, fitnah tu dosanya lebih besar dari membunuh.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=659031680939912&id=100004992577825

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
{ إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً وَفِتْنَةُ أُمَّتِي الْمَالُ }
“Sesungguhnya setiap umat memiliki fitnah, dan fitnah bagi umatku adalah harta.” (HR. Tirmidzi dalam Silsilah Ash Shohihah, Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini shahih)

Islam jalan Penyelesaian. Jika ustaz nak halang usaha saya mengajak kembali kepada Islam. Cuba manfaatkan ilmu Fiqh lambung-lambung ustaz tu. Jika tak tau manfaatkan ilmu ustaz itu cuba belajar gunakan akal bagi manfaat untuk kebaikan bersama bukan menuruti NAFSU amarah dan dendam.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=890532614456483&id=100004992577825

Tak payahlah ikut ulama yang berhati srigala #PakLebai politik & #PakWahab yang tidak tahu pun nak fikir mereka bersusah payah berdakwah menghimpun DOSA JARIAH. Cuba berusaha minta mereka ajar rukun iman yang terakhir agar ustaz mereka dan kita semua percaya dan beriman kepada Qada & Qadar. Disebabkan perkara itulah punca mereka hilang akal hilang pedoman inikan pula ustaz dan saudara mukmin yang lain?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=865202976989447&id=100004992577825

Jika kami warga miskin tak sedar diri ikut cara kehidupan ulama-ulama politik, profesor dan macam ustaz yang bangga hidup mewah bermegah-megah. Memang usahkan GST minyak naik 10sen pun hilang akal hilang pedoman kerana merasa amat membebankan kami ustaz. Kerana itulah WAJIB kita percaya dan beriman kepada Qada & Qadar.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=864017053774706&id=100004992577825

Cubalah belajar dan alami kehidupan yang serba kekurangan. Keinginan NAFSU KEDUNIAAN sering membakar jiwa dan minda agar ikut gaya hidup mewah bermegah seperti kebanyakan para interlek para ulama dato-dato juga ustaz-ustaz. Cuba lihat nun jauh jurang perbezaan kita antara ustaz dan kami warga miskin ini.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu dia berkata, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲْ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﺭَﺿِﻲَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻨْﻪُ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮْﻝُ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ﺍُﻧْﻈُﺮُﻭْﺍ ﺇِﻟَﻰ ﻣَﻦْ ﺃَﺳْﻔَﻞَ ﻣِﻨْﻜُﻢْ، ﻭَﻻَ ﺗَﻨْﻈُﺮُﻭْﺍ ﺇِﻟَﻰ ﻣَﻦْ ﻓَﻮْﻗَﻜُﻢْ، ﻓَﻬُﻮَ ﺃَﺟْﺪَﺭُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺗَﺰْﺩَﺭُﻭْﺍ ﻧِﻌْﻤَﺔَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ .
“Lihatlah kepada orang-orang yang lebih rendah daripada kalian, dan janganlah kalian melihat kepada orang-orang yang berada di atas kalian, karena yang demikian itu lebih patut bagi kalian, supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allâh yang telah dianugerahkan kepada kalian.”
(Hadits Shahi riwayat al-Bukhâri, Muslim, At-Tirmidzi Dan Ibnu Majah).

Masa kami hidup dalam kedaifan masa kanak-kanak dulu. Tak pernah pun merasa kerajaan menghulur bantuan yang melimpah ruah. Terima kasih PM. Kami warga miskin sentiasa mendoakan semoga Allah berkati usaha PM dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan PM #KamiSayangPM. Tak rugi #KamiGengNajibRazak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=860202227489522&id=100004992577825

Jom ustaz. Sama-sama kita berdoa kearah kebaikan diri kita sendiri dikemudian hari. Tak payah bersusah payah mencaci mencela memfitnah menzalimi diri sendiri.
اَللّهُمَّ لاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا
“Ya Allah, janganlah engkau jadikan musibah dalam urusan agama kami, dan jangan pula engkau jadikan dunia ini adalah tujuan terbesar dan puncak dari ilmu kami.”
Aamiin.



« (Previous News)



Leave a Reply