Menu Utama

Jun Hoong raih emas di Budapest

Atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong memecah dominasi China dengan merangkul pingat emas pertama negara di Kejohanan Akuatik Dunia dalam acara 10m platform di Budapest.

Jun Hoong menampilkan terjunan luar biasa dalam saingan itu membolehkan empat daripada tujuh pengadil pertandingan memberikan mata penuh.

Atlet China, Si Yajie meraih mata lebih tinggi dalam terjunan terakhir namun tidak mencukupi untuk mengatasi Jun Hoong.

Jun Hoong meraih 397.5 mata menewaskan Yajie dengan perbezaan 1.5 mata.

Seorang lagi atlet China, Ren Qian meraih pingat gangsa dengan 391.95 mata.

“Dalam beberapa terjunana pertama saya langsung tidak melihat papan markah kerana saya perlu fokus kepada setiap terjunan.

“Selepas terjunan terakhir, saya terlihat bahawa saya sedang mendahului pertandingan dan perkara itu jelas mengejutkan saya,” katanya.

Ini adalah kali pertama Malaysia meraih emas sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuatik Dunia.

Lebih manis, Jun Hoong berjaya memecah dominasi penerjun China dalam acara 10m meter platform.

“Oh Tuhan, saya juara dunia!.

“Saya mengharapkan pingat, tetapi saya tidak menjangka mampu mengalahkan penerjun China,” katanya

Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, menumpaskan juara Olimpik, Ren Qian yang sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa (391.95 mata).

Pada kejohanan edisi 2015, Qian memenangi pingat perak acara itu.

Seorang lagi penerjun dari China, Si Yajie meraih pingat perak di belakang Malaysia dengan kutipan 396.00 mata.

Si Yajie yang tewas kepada Jun Hoong dengan perbezaan 1.50 mata mengakui terkejut dengan kekalahannya kali ini.

Ini kerana, penerjun dari China sudah lama mendominasi acara itu di kejohanan dunia dengan memenangi 22 pingat, melebihi 16 daripada negara lain.

“Kemenangan Cheong (Jun Hoong) agak mengejutkan saya, namun saya ucapkan tahniah kepadanya,” kata Si.

Dalam aksi pagi tadi, Kim Kuk Hyang dari Korea Utara, yang memenangi pingat emas pada 2015 sekadar menduduki tempat keempat dengan 388.55 mata.

UTUSAN






Leave a Reply

Threesome