Menu Utama

Jawab dakwaan Armada dahulu: Nazir Hussin

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjawab dakwaan yang dikemukakan Armada sebelum mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada forum Nothing to Hide 2.0.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sehingga kini Tun Mahathir masih belum menjawab dakwaan oleh Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar terutama berhubungan kekayaan anak-anaknya.

Nazir Hussin berkata, Tun M sepatutnya mencabar Timbalan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak beliau, Datuk Seri Mukhriz untuk menjawab segala isu yang dikaitkan dengan mereka.

“Tun Mahathir sepatutnya mencabar Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz kerana banyak isu yang perlu mereka jawab pada program yang dianjurkan oleh Armada itu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu dalam satu video klip yang mahu Najib hadir pada program tersebut untuk menjawab segala tohmahan.

Mahathir berkata, program itu juga dalam memberikan rakyat peluang untuk membuat pertimbangan terhadap hujah masing-masing.

“Jumpa di Nothing to Hide. Saya harap Datuk Seri Najib takkan kecewakan rakyat,” kata Mahathir.

Nazir Hussin yang juga Pengerusi Biro Help sebelum itu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Hulu Langat yang turut dihadiri Ketua Umno Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz. Sementara itu, Nazir Hussin berkata, Mahathir sepatutnya menggunakan forum Nothing To Hide 2.0 itu sebagai wadah untuk menjelaskan hala tuju Pakatan Harapan yang mengelirukan.

“Kita lihat pakatan ini sangat cacamerba, mempunyai tiga nakhoda dalam satu kapal dan kita tidak tahu siapa yang memegang jawatan eksekutif dalam pakatan itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada ada sebab untuk Najib melayan cabaran Tun Mahathir itu yang dilihat cuba mengalih perhatian terhadap isu lain yang melanda Pakatan Harapan.

Sinar






Leave a Reply

Threesome