Menu Utama

HIKMAH larangan Allah memelihara anjing.

oleh Kang Nasir

Hukum memelihara anjing cuma 2 sebab diharuskan.
Iaitu untuk berburu dan untuk menjaga haiwan ternak atau kebun. Perkara ini ada disebut dlm hadis,

Dari Salim bin ‘Abdullah dari ayahnya –‘Abdullah-, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَيْدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ
“Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qiroth (satu qiroth adalah sebesar gunung uhud).”
(HR. Muslim)

Allah HARAM kan anjing itu tentu ada HIKMAH nya. Jadi tak payahlah susah-susah nak menghalalkannya. Antaranya hikmah dari larangan itu kerana terdapat Virus penyakit anjing gila pada air liur anjing.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kematian dua kanak-kanak di Serawak yang dijangkiti virus anjing gila akibat dari gigitan anjing.

Dalam islam Allah sudah sediakan garis panduan pencegahan dari awal sebelum membawa kemudaratan. Itulah HIKMAH disebalik hukum yang Allah telah tetapkan. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw sudah ingatkan agar kita menjaga diri dan cara mencegah jangkitan virus anjing gila.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, “Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

HIKMAH selain dari itu. Larangan Allah memelihara anjing selain gugur pahala sebesar gunung Uhud. Memelihara anjing dalam rumah juga tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat. Sebagaimana yang disebut dalam hadis ini.

عَنْ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ

Dari Abu Thalhah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sesungguhnya malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar”
(HR. Muslim)






Satu Komen to HIKMAH larangan Allah memelihara anjing.

  1. anor says:

    Tiada nas dari teks alQuran bahawa Allah mengharamkan berkaitan anjing,cuma dipetik dari sumber meragukan dengan mengaitkan kononnya ajaran para rasul oleh beberapaa kelompok birokrat agama yang sempit pemikiran @ tidak intelektual. Doktrin ini menular dalam sanubari muslim di seluruh dunia yang kurang menggunakan akal yang jernih anugerah Allah.

    Alquran adalah sumber primer untuk kita rujuki bukannya taksub pada hadis-hadis yang diragukan keabsahannya. Hadis & kitab-kitab klasik karya para ulama silam adalah teks sekunder yang perlu dikaji secara teliti sebelum mengaplikasikannya.

Leave a Reply

Threesome