Menu Utama

Nothing To Hide 2.0 Wajar Jadi Pentas Mahathir Jawab Armada

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bangga mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai beliau pada program Nothing To Hide 2.0.

Program dianjurkan oleh Armada pada 13 Ogos depan sebenarnya adalah muslihat Dr Mahathir untuk menunjukkan kehebatannya beretorik, sedangkan program berkenaan langsung tidak memberi apa-apa faedah dan membuang masa.

Ini kerana isu-isu yang hendak dibangkitkan pada program berkenaan telah dijawab berkali-kali – sama ada oleh Najib sendiri ataupun pihak yang berkaitan – namun penerimaan daripada pembangkang adalah bersifat prejudis.

Jadi tidak guna berdebat kerana tidak akan mencapai apa-apa matlamat dan sia-sia. Penganjuran program berkenaan juga tidak jelas kerana hanya mencari kesalahan pemimpin khususnya Najib dan tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Adalah lebih baik sekiranya Dr Mahathir menggunakan program tersebut untuk mmenjawab dakwaan daripada Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar terutama mengenai kekayaan luar biasa anak-anak beliau dan juga skandal Nika Ghee oleh Presiden Bersatu sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, Dr Mahathir terus menutup mulut untuk menjawab mengenai isu itu. Jika beliau mengamalkan keterbukaan, sila jawab dakwaan berkenaan jangan diam membisu.

Justeru, Dr Mahathir dan Muhyiddin – malah anak-anak beliau – wajar untuk tidak sekadar membiarkan penyokong sendiri dalam kebingungan begitu sahaja menanggung segala persoalan yang amat berat.

Sama ada Dr Mahathir atau Muhyiddin wajib untuk tampil menyatakan perkara sebenar mengenai dua isu yang melanda diri mereka itu.

Paling penting pada program itu nanti, Dr Mahathir perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

Seperti yang pernah diminta oleh perdana menteri, selagi semua tuduhan sebelum ini tidak dijawab oleh Mahathir, rakyat jelata akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

Jika perlu, Dr Mahathir boleh bersumpah di hadapan al-Quran bahawa tindakan beliau pada 1998 hanya pembohongan belaka dan semata-mata untuk menyelematkan politiknya.

Kami berharap Dr Mahathir mencerminkan diri beliau terlebih dahulu sebelum ghairah mahu membogelkan pihak lain. Akuilah bahawa program yang dicanangkannya itu bukan mencari kebenaran tetapi untuk mencari kesalahan dan membuat tuduhan palsu yang bukan-bukan.

Kami juga berharap Dr Mahathir berehat sahaja daripada politik kerana usianya yang hampir satu abad itu perlu digunakan dengan sebaiknya bersama keluarga dan biarkan orang lain meneraju negara.

Masa beliau sudah lepas dan tidak perlu dikenang lagi. Berehatlah.

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pemuda UMNO
Pengerusi Biro HELP
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa






Leave a Reply