Menu Utama

Hari Raya rupanya hari PESTA MEMBAKAR DUIT bagi orang yang dizalimi pemerintah.

Oleh Kang Nasir

Syawal tahun ini admin menempuh pelbagai telatah dan gelagat saudara mara serta sahabat handai dialam maya dan dikampong juga dibandar.

Sebenarnya, setiap perkara yang dipertikaikan oleh NAFSU itu dapat diselesaikan dengan kembali kepada islam berpandukan Quran dan Sunnah. Kerana dalam ISLAM sudah tersedia ada garispanduan JALAN PENYELESAIAN. Jika diikutkan NAFSU. Kami warga miskin juga akan merasa susah sekiranya kami ikut gaya hidup orang yang konon dizalimi pemerintah berbangga dengan bergaya di Hari Raya.

Sepatutnya. Merayakan Aidil Fitri adalah meraikan Hari Kemenangan sempena kejayaan kita BERJIHAD menewaskan HAWA NAFSU KITA selama sebulan kita berpuasa. Bukannya Beraya dengan penuh bangga bergaya gembira ria sesuka hati ikut suka sepuas hati berpesta MEMBAKAR DUIT dengan membakar MERCUN dan BUNGA API. Lagipun perbuatan itu bukanlah yang dituntut dalam islam. Malangnya pakar-pakar FIQH dan pakar MEMBIDAAH iaitu golongan #PakWahab tidak pun berusaha memperjelaskan kepada kita semua KESAN MUDARATNYA.

Dalam pada admin bercerita perihal kesah saudara dikampong yang dizalimi bangga membakar duit. Ada pula ustaz yang tersentap.

Pada hari Raya yang ke-3 tanggal 27hb Jun 2017. Admin seperti biasa mengunjungi saudara terdekat khususnya orang tua dengan menziarahi rumah mbah(Atok) dikampong, tetiba hampir semua anak-anaknya (ada yang sebaya) mengadu hidup mereka sekarang susah sejak Najib jadi PM. Masa yang sama anak-anak mereka bersorak gembira dilaman rumah sedang bergembira MEMBAKAR DUIT bermain mercun dan bunga Api.

Lalu admin pun bertanya, berapa kos belanja untuk membeli bunga api itu? Dan sepontan mereka menjawab dengan penuh bangga. Ada yang berhabis RM150 ada juga yang berhabis RM600 dll dengan jumlah keseluruhan untuk anak-anak bersuka ria berjumlah RM1350. tak ada pun kena GST, kalau masuk GST boleh beli 2-3 peket lagi. Kata mereka.

Lalu admin pun cerita. Dari jumlah itu cukup untuk kami sekeluarga makan sedap2 dengan caj GST selama 2 bulan. Alhamdulillah. admin tidak rasa susah dengan hidup serba kekurangan dan kemiskinan ini. Punca kami dan mungkin semua rakyat miskin susah sebab terikut gaya hidup orang bijak pandai serta gaya hidup ulama dan #PakLebai politik juga #PakWahab megah bergaya berhari raya. Dan admin pun mengingatkan pada mereka, dulu kan arwah kakek(Moyang) pesan BIAR MISKIN HARTA JANGAN MISKIN AKAL. Kerana miskin akal itulah punca kita menzalimi diri kerana berbangga dengan tipu daya dunia angkara NAFSU.






Leave a Reply