Menu Utama

Hari Peneroka Ke-70: Pakatan Tidak Membela Nasib Golongan Peneroka

ISU bukan isu seperti 1MDB dan sebagainya ni, tidaklah menjadi hal sangat kepada golongan peneroka di seluruh negara.  Jangan kata 1MDB, perbalahan yang dikatakan berlaku antara mantan Pengerusi FGVH dan CEOnya baru-baru ini pun, hanya sekitar 20% saja yang “terasa” akan impaknya.

Lainlah kalau semua isu berkenaan memberi kesan kepada harga getah yang menjadi punca pendapatan peneroka, itu mungkinlah.

Begitupun, dalam soal di FGVH, penyelesaian jangka pendek kerajaan dengan menggantikan Pengerusi lama dengan baru disamping meneruskan siasatan terhadap CEO sedia ada, sedikit sebanyak telah melegakan hati peneroka Felda tapi dikalangan yang sudah sebati dengan dakyah Pakatan ini, penyelesaian ini langsung tidak memberi sebarang umpak kepada mereka walaupun di permulaan isu itu berlaku, merekalah antara yang paling “ambil berat” sekali.

Bila dah reda, mereka masih macam itu juga.

Hakikatnya, sepanjang 70 tahun sejarah peneroka bersama Felda ini, kerajaan BN lah yang telah banyak membantu dalam meningkatkan taraf hidup golongan tersebut, berbanding Pakatan yang lebih gemar memanipulasi peneroka untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Pakatan sebenarnya telah beberapa kali memperdayakan peneroka seperti menghasut sebilangan kecil dari mereka untuk menyaman Felda tapi dalam banyak kes, peneroka kalah dan dibiarkan menanggung kos guaman dan bayaran ganti rugi sehingga mencecah beratus ribu ringgit.  Pakatan yang memperdaya peneroka untuk memulakan tindakan saman tersebut, hilang entah kemana bila ini berlaku.

Begitu juga bila berlaku penurunan harga getah, dimana Pakatan untuk membantu peneroka?  Ia adalah kerajaan yang menyediakan pelbagai insentif kepada peneroka untuk mengurangkan beban ketika penurunan harga berlaku dimana kerajaan mengarahkan Felda untuk membeli pada harga lebih tinggi seterusnya mengurangkan beban peneroka.

 

 



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome