Menu Utama

Felda Bayar Insentif Samalah Seperti Azmin Beri Bonus Raya

MASALAH dengan otak orang Pakatan dan penyokong Top Dog ialah, mereka melihat semua kebaikan kerajaan kepada rakyat sebagai rasuah.  Bagi BR1M rasuah, bagi duit raya rasuah, yang tak rasuah kalau Pakatan buat benda sama, itu bukan rasuah. Tapi peliknya tu, tak pulak seekor pun berani buat laporan ke SPRM mendakwa berlaku rasuah bila kerajaan ‘memberi’ kepada rakyat.

Tidak terkecuali dalam hal ini ialah pemberian insentif khas oleh Felda kepada penerokanya semalam, ini pun dikatakan rasuah.  Rasuah apa kepala kau?  Itu Felda bagi insentif kepada peneroka Felda, apa rasuahnya?  Datuk Sri Najib Tun Razak itu hanyalah mengumumkannya saja, yang bayarnya Felda, apa bongok sangat?  Idea beliaulah tu tapi yang bayar Felda, yang dapat peneroka Felda, mana rasuah?

Insentif ini sebenarnya takde beza langsung dengan Azmin bagi bonus raya kepada kakitangan kerajaan negeri yang lepas, bagi RM 500 kepada jemaah haji Selangor (pertama kali kot) dan (kalau ada) lain-lain lagi.  Bahkan, berbanding bonus hari raya Azmin yang hanya bernilai tinggi bila nak pilihanraya, insentif kepada peneroka Felda ni dibagi pada setiap masa, pilihanraya tak pilihanraya.

Banyaklah kalau nak cakap.  Satu contoh, bawah Najib ni saja baru peneroka merasa bonus setiap tahun, bawah Mahathir 22 tahun apa pun tak ada.  Bahkan, jamban pun banyak diluar rumah lagi – betapa daifnya peneroka zaman itu, apa mau gebang bonus pulak? Tak kena mengena dengan bonuslah tapi maksud yang nak disampaikan tu, Mahathir tak pernah peduli nasib peneroka Felda.

Ini bukan masa Najib jadi Perdana Menteri saja, masa jadi Menteri yang bertanggungjawab mengenai Felda dulu lagi pun, dah macam-macam yang peneroka ini dapat – harap Mahathir fikir untung nasib peneroka, rentikanlah.  Balik-balik yang diungkit Mahathir, kerajaan dah bagi tanah percuma untuk diusahakan (nak buat apa beri yang lain lagi kata dia), itu saja pusing-pusing, lepas tu pandailah macam mana nak hidup pun.  Harga getah jatuh, buat bodoh, itulah Mahathir.

Takkan Najib nak lakukan benda sama yang Mahathir lakukan kepada peneroka Felda dulu  Agak orang tahu ke yang sengaja Mahathir bagi peneroka susah supaya terus undi dia kalau taknak terus susah.  Itu Mahathir, ini Najib lain.  Tanyalah Mahathir masa harga getah jatuh dulu, kerajaan dia bagi apa untuk bantu peneroka?

Pochik.






Leave a Reply

Threesome