Menu Utama

Exco Armada Sambut Raya di bulan Zulkaedah! Punggah!!!

Tergelak juga kala mengenangkan peristiwa semalam. Apa yang terjadi, benar-benar tidak seperti yang diperkatakan kononnya bakal terjadi oleh Armada di media sosial. Biasalah, geng sembang sahaja lebih!

Ibarat menjadi darah daging, kaki sembang selalunya terlupa rasional, hakikat dan fakta. Dek seronok “gebang”, akhirnya terlupa bahawa zaman Sanusi Joned, yang terkenal sebagai “tukang lambung” untuk puji Dr. Mahathir sudah berakhir. Kini, segala perbualan, atau penulisan boleh sahaja diperiksa semula yang akhirnya membuka kesipuan diri.

“Printscreen” seperti diatas, hanya membuktikan bahawa Exco Armada ini langsung tidak sensitif kepada kitaran hari dan bulan. Kenapa tidak sensitif? Almaklum sahaja, kaki gebang, kaki gempak, asal sahaja terlintas semua mahu diucap dan ditulis. Padah bila berbangga dengan watak pendebat, walhal lebih baik menjadi watak si pengkaji.

Hebat PPBM, ketika pemudanya beraya di bulan Zulkaedah, pemimpin seumur hidup mereka pula sambut raya di London. Semuanya kelihatan di luar norma masyarakat.

Hati berdegar-degar, hasrat menggunung untuk masuk ke rumah UMNO. Konon anak jantan lah! Tunggu punya tunggu, terpaksa “tuan rumah” yang keluar untuk mencari tetamu. Pijak PWTC pun tidak! Cemas sungguh Armada semalam.

Bak kata Armand Azha, liga bolasepak professional dan liga bolasepak amatur berbeza. Kita layankan sahaja lah karenah adik-adik yang baru nak “up”. Justeru, jangan hairan puak-puak ini beraya di bulan Zulkaedah.

 

 






Leave a Reply

Threesome