Menu Utama

Dia Fikir Dia Seorang Saja Yang Hebat Bangunkan Negara?

Seorang bekas Perdana Menteri semalam mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya meneruskan apa yang dia lakukan semasa 22 tahun dia memerintah negara. Dia merujuk tentang asas pengangkutan yang katanya dia sediakan dan Najib pula hanya mempertingkatkan industri pengangkutan di negara ini.

Penulis yakin bahawa kenyataan itu hanya untuk memperlekeh apa yang dilakukan Perdana Menteri yang membangunkan negara secara lebih holistik, berpandangan jauh dan lebih sofistikated berbanding dirinya.

Cubaan untuk menegakkan benang yang basah dengan merendah-rendahkan usaha murni pihak yang mahu dia jatuhkan. Nampaknya susah hati benar dia melihat keupayaan Najib mempersiapkan negara ke arah TN50…

Dia menyediakan asas pengangkutan negara? Penulis tidak pasti apakah bentuk asas pengangkutan yang dia maksudkan. Namun pada pandangan penulis, mungkin dia merujuk kepada pembinaan Lebuhraya Utara Selatan atau dikenali sebagai lebuhraya PLUS hari ini.

Ketika dia membina PLUS, dia baru saja memperkenalkan dasar pensyarikatan dan penswastaan negara. Penulis tidak nafikan dasar tersebut sememangnya bagus untuk negara membangun seperti Malaysia.

Namun malang, lebuhraya yang dirancang awal oleh beberapa Perdana Menteri sebelumnya untuk dibina tanpa tol dengan pembiayaan penuh kerajaan, tiba-tiba dikonsesikan dan rakyat dan kerajaan terpaksa menanggung setiap kesan daripada perjanjian konsesi tersebut, terutama kenaikan tol secara berjadual.

Cerdiknya dia, ketika PLUS baru siap dibina, kadar tolnya paling minimum dan ia akan meningkat mengikut perjanjian. Maka secara tidak langsung, Perdana Menteri selepasnya akan menanggung perjanjian konsesi itu dengan kadar tol yang lebih tinggi.

Jika tidak memberi pampasan kepada syarikat konsesi untuk menafikan kenaikan kadar tol, maka bersedialah untuk dihamun rakyat kononnya membebankan mereka. Padahal, perjanjian itu bekas Perdana Menteri itu yang putuskan. Adil atau tidak?

Ia adalah sangat berbeza dengan pendekatan Najib yang berpandangan lebih jauh dan berusaha mengelak dari membebankan rakyat mahupun kerajaan pada masa yang akan datang. Buktinya, Pan Borneo dari hujung Sarawak hingga ke hujung Sabah.

Pan Borneo lebih jauh jaraknya berbanding PLUS. Malah untuk membinanya juga lebih mencabar dan susah ekoran keadaan muka bumi dua negeri borneo itu yang bergunung ganang, berlembah dan sungai-sungai yang bersimpang siur di sana-sini.

Menakjubkan, lebuhraya yang dibina Najib dibiayai penuh oleh kerajaan yang kononnya ‘bankrap’, tanpa sebarang tol. Bandingkan pula dengan lebuhraya yang dibina bekas Perdana Menteri itu dan kesannya kepada rakyat serta kerajaan sekarang. Itukah bentuk asas pengangkutan yang dia sediakan?

Mungkin benar dia merancang pembinaan LRT sekitar awal 1980’an, namun pada 1991 barulah Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) ditubuhkan. Itupun LRT yang dicadangkan belum siap dan perjanjian hanya ditandatangani pada 1992. Ia mula beroperasi pada 1996.

Tapi tahukah kita bahawa bekas rakan sejawat warga emas itu, Lee Kuan Yew lebih “advance” darinya? Bekas Perdana Menteri Singapura itu memastikan MRT mula beroperasi lebih awal pada 1988, kira-kira 8 tahun sebelum negara kita. Siapa menang? Dia atau Kuan Yew?

Jadi, apalah yang susah sangat untuk memuji Najib atas usaha baik yang beliau lakukan untuk memperkasakan lagi dasar pengangkutan negara dengan menyediakan sistem pengangkutan bertaraf dunia dan relevan digunakan hingga 50 tahun yang akan datang.

Jika dia fikir dirinya menyediakan asas dan Perdana Menteri berikutnya pula hanya meneruskan dasar tersebut, dia juga sama begitu. Dia juga hanya meneruskan dasar dan asas yang dibina oleh bekas-bekas Perdana Menteri terdahulu seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang dia benci dan jatuhkan dulu.

Almarhum Tunku juga membina segala asas di negara ini dan ia diteruskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Kemudian gilirian dia pula yang sambung, kemudian Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Mohd Najib Razak.

Jika susah sangat untuk memuji, memadailah dengan mengakui jasa Najib. Dia fikir otak dia saja yang hebat. Mungkin otak dan akalnya hanya hebat kira-kira 15 hingga 30 tahun yang lalu. Namun kini menjunam jatuh dan mungkin lebih rendah berbanding akal ‘pokok sena’.

Mentang-mentanglah baru saja berpeluk dengan mereka yang dia ‘ludah’ berpuluh tahun sebelum ini, dan kini dia berfikiran jumud, tidak sihat, tidak matang dan makin ‘bebal’? Atau mahu gunakan alasan faktor usia? Sudahlah. Kembalilah ke tikar sejadah seperti kata Nik Abduh. Tidak rugi dunia akhirat…






Satu Komen to Dia Fikir Dia Seorang Saja Yang Hebat Bangunkan Negara?

  1. sman says:

    Hujah Mahathir kebudak-budakan ,kalau PM Najib meneruskan projek di zaman dia,dia sendiri meneruskan idea siapa.Bukan ke bangunan tinggi mencakar langit orang lain yg buat dulu ,lapangan terbang besar pun tiru negara mana?.Projek kereta dia ke yg mula ,adakan dia yg ajar Ford dan Dimeler rekacipta kereta..Negara lain belum ada ke kilang besi bila Mahathir buat Perwaja,bukan dia tiru org lain ke. Perniagaan mata wang oleh BNM itu betul dia mulakan kerana orang lain tak buat kerja macam tu.Mengurangkan kuasa raja tu juga betul kerja dia sebagai pemulanya.

Leave a Reply

Threesome