Menu Utama

Di Mana Adab ‘Budak-Budak Kanyaq’?

Hingga pagi ini, masih lagi diperkatakan tentang apa yang berlaku di perkarangan PWTC semalam. Bukanlah bermaksud memberi publisiti, tapi lebih kepada menilai sikap dua kelompok pemuda Melayu…

Melalui sumber-sumber bacaan yang berkredibiliti dari kedua-dua belah pihak, penulis difahamkan ia asalnya hanya membabitkan tujuan menyerahkan surat jemputan kepada Presiden UMNO untuk hadir ke program Debat ‘Nothing To Hide 2’.

Yang datangnya ialah budak Armada ‘Bunga’. Khabarnya lebih dari 30 orang yang hadir untuk menyerahkan surat jemputan itu di Ibu Pejabat UMNO, PWTC. Juga difahamkan bahawa puak Armada ini juga telah menghebahkan penyerahan surat jemputan itu kepada penyokong ‘cap Bunga’ sehari sebelumnya. Mungkin mahu ramai yang ‘escort’.

Pada pandangan penulis, untuk tujuan menyerahkan surat jemputan, tidak perlu seramai itu yang hadir. Di zaman Rasulullah SAW dulu, baginda hanya menghantar seorang saja utusan sebagai wakil menyerahkan watikah menjemput kaisar dan kerajaan besar untuk menerima Islam. Itu barulah betul ‘anak jantan’, ikhlas dan tidak bersifat provokasi.

Setahu penulis, di zaman ini, surat jemputan biasanya diserahkan oleh seorang dua sahaja wakil. Di jabatan-jabatan kerajaan misalnya, mereka hanya faks, emel atau hantar melalui penghantar surat (mat despatch). Tidak diajak pun satu jabatan beramai-ramai menyerahkan surat jemputan…

Apatah lagi diwar-warkan ‘upacara’ penyerahan surat jemputan ke program yang berbaur provokasi itu sehari sebelumnya dan yang datang itu pun lebih dari 5 orang, maka jelaslah budak-budak Armada cuba mencabar ‘tuan rumah’.

Pada pandangan penulis, tuan rumah mana pun akan tersinggung dan menganggap ia tindakan kurang ajar. Kalaulah Mat Sabu dan 30 orang puak PAN datang ke ibu pejabat PAS semata-mata untuk melakukan provokasi berhubung satu program, apa agaknya tindakan Jabatan Amal PAS?

Bagaimana pula jika seramai 30 orang berkumpul depan rumah Syed Saddiq membawa plakad berbaur provokasi, hanya semata-mata mahu menyerahkan surat jemputan ke program ‘Dedah Harta Kekayaan Anak, Keluarga dan Kroni Mahathir’? Ibu bapa Syed Saddiq boleh terima dengan baik?

Kita orang Melayu kaya dengan adab agama dan adat budaya bangsa. Ada tertibnya. Bila rasa terancam atau diperlakukan secara kurang ajar, maka sudah tentulah ada yang tampil mempertahan dan ‘menghalau’ ancaman itu. Itu normal, ’cause and effect’.

Berkenaan program ‘Nothing To Hide 2’ itu, rasanya tidak perlulah dijemput Presiden UMNO. Bukan penting sangat pun program itu sedangkan Presiden UMNO selaku Perdana Menteri ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang lebih penting berkaitan rakyat dan negara untuk dilaksanakan.

Setakat provokasi politik murahan untuk menarik perhatian umum, selalunya orang cerdik politik tidak melayan taktik itu. Hanya yang kurang matang saja yang akan berpandangan program itu penting untuk dihadiri Perdana Menteri…

Jadi kepada ‘budak-budak kanyaq’ Armada, beradab sopanlah ketika berkunjung ke rumah tetamu. Rujuklah pada adab-adab Islam, belajarlah supaya diri benar-benar faham adat orang Melayu. Janganlah jadi Melayu yang biadap dan kurang ajar.

Mujurlah hanya berlaku tolak menolak saja semalam. Jika ada yang kena ketuk luku kepala sampai bengkak, bagaimana? Baru padan muka? Jadikanlah iktibar dan nilailah sendiri kualiti yang ada pada diri sendiri, di mana adab anda?






Leave a Reply