Menu Utama

Denda Pegawai JPJ Langgar Undang-Undang Jalan Raya Bukti Ketelusan – Aziz Kaprawi

Tindakan mahkamah mengenakan denda ke atas seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana melanggar undang-undang jalan raya membuktikan ketelusan sistem perundangan negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata keputusan mahkamah tersebut juga menunjukkan setiap individu di negara ini tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira kedudukan dan latar belakangnya.

“Siapa yang melanggar peraturan dia akan berdepan dengan tindakan undang-undang. Ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, dan kita juga mahu berlaku adil kepada semua,” katanya.

Ab Aziz mengulas laporan media semalam berhubung tindakan saman RM600 yang dikenakan Mahkamah Majistret Putrajaya terhadap Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Datuk Yusoff Ayob selepas beliau mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan baru-baru ini.

Bernama






Leave a Reply

Threesome