Menu Utama

DAP tandus isu – Khaled

DAP ketandusan isu.

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika diminta mengulas laporan portal parti itu yang mengaitkan anaknya, Akmal Saufi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Malah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu juga menyifatkan laporan portal rasmi DAP, Roketkini.com itu cuba mempengaruhi masyarakat dengan memutar belit fakta atau mengatakan yang tidak benar mengenai anaknya.

“Apa-apa pun nak cakap, mesti bertanggungjawab dan berasas kepada fakta.

“Jadi, nampak sangat DAP ketandusan isu dan betul-betul hendak cuba mempengaruhi pandangan masyarakat dengan mengelirukan atau memutar belit fakta atau mengatakan yang tidak benar atau berdusta,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidifitri anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), di sini sebentar tadi.

Roketkini.com dilaporkan diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik balik laporan disiarkan pada 10 Julai yang mengaitkan Akmal Saufi dengan PPBM.

Peguam Rashid Zulkifli yang mewakili Akmal Saufi berkata, surat sudah dihantar kepada ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam, menerusi faksimili dan pos berdaftar.

Menurut Rashid, anak guamnya memaklumkan bahawa dakwaan dan kenyataan yang disiarkan portal berkenaan tidak benar dan disiarkan dengan niat untuk memfitnah. – UTUSAN ONLINE



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome