Menu Utama

CEC DAP: Apakah “Soviet Madhouse” Berani Adakan Pemilihan Semula?

Lucu juga bila mendengar jawapan-jawapan pro DAP tentang keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan yang sedang digunapakai oleh DAP. Sudah tentu soalan paling popular ialah mengapa baru sekarang ROS mengenepikan keputusan pemilihan tersebut.

Penulis pasti, ROS telah melakukan penyiasatan terperinci, sebelum membuat keputusan berkenaan. Bayangkan jika ROS tersilap, tentu sahaja Barisan Nasional akan menjadi mangsa serangan DAP. Maka tidak hairanlah, jika dalam senario seperti sekarang pun, pro DAP meletakkan kesalahan kepada Barisan Nasional. Tipikal pembangkang, begitulah. Jangan dihairankan.

Untuk makluman, kemelut yang berlaku adalah berpunca dari masalah dalaman mereka sendiri, yang akhir membuka konspirasi dan berlakunya penipuan dalam soal pemilihan CEC, sebelum disiasat ROS yang kemudiannya tidak mengiktiraf keputusan terbabit. Tiada campurtangan Barisan Nasional, apatah lagi petugas-petugas pemilihan terdiri dari ahli-ahli DAP sendiri.

Sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi slogan competency, accountability dan transparency, DAP seharusnya tidak perlu takut untuk mengadakan semula pemilihan CEC. Enggan berbuat demikian, ramai beranggapan DAP sedang menyembunyikan sesuatu. Meneka di dalam kesamaran, ramai yang menduga motif utamanya ialah mengekalkan dinasti Lim untuk terus berkuasa.

Lim Kit Siang, menuduh kononnya ini adalah cara Barisan Nasional untuk menyekat parti tersebut dari bertanding pada PRU yang akan datang. Walhal tempoh matang untuk PRU14 ialah Ogos 2018. Masih ada satu tahun (dua belas bulan) untuk DAP mengadakan semula pemilihan seperti yang diarahkan ROS.

Mengapa memilih untuk menyalahkan orang lain ke atas kemelut dalam parti? Apa yang paling dikhuatiri oleh Lim anak beranak?

Mungkin ada kebenaran kata-kata mantan pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau bahawa kepimpinan DAP kini ibarat “Soviet MadHouse”; merujuk kepada bagaimana pemimpin komunis Rusia membuat keputusan gila, rakus dan tidak berperikemanusiaan untuk memastikan kemenangan tercapai walau dengan apa cara sekalipun.

Maka, demi mempertahankan dinasti Lim, tidak hairanlah jika mereka tetap berdegil enggan menurut perintah ROS. Almaklum sahaja, perangai pun sudah ibarat “Soviet Madhouse”. Tiada istilah ketelusan demokrasi pada DAP.






Satu Komen to CEC DAP: Apakah “Soviet Madhouse” Berani Adakan Pemilihan Semula?

  1. geekpuk2 says:

    Soviet Union dah tiada

    CCP masih ada. Ditatang dan dirai sebagai pelabur utama negara , jual tanah dan pelabuhan dan tempat hutang berbillion USD

    Luaskan kuasamu Mao

Leave a Reply

Threesome