Menu Utama

Calon PM Pakatan Terbaru: Azmin Ali

Langkah Kajang menjadi saksi, bagaimana Azmin memotong Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di selekoh terakhir dan muncul juara lantas dimahkotakan sebagai Menteri Besar Selangor. Kejayaan tersebut bukanlah secara kebetulan, tetapi bersandarkan strategi yang tepat. Masih terngiang kata-kata Azmin agar hentikan fitnah dan khabar angin berhubung jawatan menteri besar yang akhirnya menyaksikan dia menduduki kerusi empuk itu.

Kenyataan seperti terbaru Azmin (rujuk gambar) sungguhpun boleh disifatkan sebagai memperlekehkan Noh Omar, ia juga membuka seluas-luasnya pintu nafsu Azmin Ali. Jika sebelum ini cerita Azmin Ali mahu menjadi perdana menteri hanya sekadar sok-sek sok-sek politik, kini yang kelam sudah benderang. Berguru dengan Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim, ke mana lagi tumpahnya kopi jika tidak gara-gara pembantu peribadi.

Tidak hairanlah jika saban hari kita disajikan dengan kemelut dalaman PKR yang sentiasa berpanjangan. Strategi untuk menjadi perdana menteri memerlukan penguasaan dalaman parti, sambil memperdaya rakan sekutu, seperti mana yang sedang dialami oleh PAS Selangor ketika ini. Tidak mungkin seorang perdana menteri bukan dari kalangan presiden parti. Lain lah Dr. Mahathir, kerana Muhyiddin itu ibarat tunggul sahaja.

Rasanya, kita kini kita faham mengapa Pakatan tidak mampu menamakan dengan jelas siapa calon perdana menteri mereka. Terlalu ramai yang sedang merangka strategi dan melobi. Semua mahu menjadi perdana menteri.

Tidak mungkin Azmin, yang sudah lama di dalam pakatan, sanggup membiarkan sekutu baru yang tubuh parti sendiri, untuk menjadi perdana menteri.






Leave a Reply