Menu Utama

Bila ‘ekor bergelumang tahi’…

BUKAN main berdegar-degar lagi Ahli Parlimen DAP dari Pe­taling Jaya Utara, Tony Pua mahu memeriksa pentadbiran kerajaan yang rasuah.

Kononnya dia dipilih sebagai wakil rakyat untuk membahaskan dan memeriksa isu rasu­ah, bukannya longkang atau jalan berlubang.

Itu respons Pua terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta pembangkang mengutamakan isu-isu melibatkan rakyat di kawasan masing-masing.

Citt! anda terlampau banyak cakaplah Pua. Bila terkena batang hidung DAP sendiri, mengapa anda membatu seribu bahasa?

Mengapa dalam isu dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh bos anda sendiri iaitu Lim Guan Eng di Pulau Pinang tempoh hari, anda boleh diam membatu. Tutup mata, telinga dan segalanya begitu sahaja?

Pua jangan ingat rakyat negara ini tidak cerdik perhatikan tingkah laku kamu.

Bukankah pada 22 Mac 2016, kamu keluarkan kenyataan bahawa Guan Eng tidak perlu bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kecu­ali dia didakwa di mahkamah.

Pua tegaskan pula lagi, sekiranya Guan Eng didakwa, dia mesti mengambil cuti.

Kenyataan Pua itu direkodkan di dalam portal propembangkang, Malaysiakini yang boleh dilihat sendiri di capaian https://www.malaysiakini.com/news/334753.

Namun, setelah Guan Eng didakwa di mahkamah, tiada seorang pun pemimpin DAP yang tampil meminta dia bercuti dari jawatan Ketua Menteri untuk sementara waktu.

Apa sudah jadi Pua? Mengapa mahu ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’ bercakap isu rasuah dan ‘kleptokrasi’.

Cakap tidak serupa bikinlah anda Pua. Usah mahu ‘propa’ lah.

Zulkifli Jalil
Utusan






Leave a Reply

Threesome