Menu Utama

Bila Akar Umbi UMNO, PAS Dan ‘Cap Bunga’ Bertemu…

Baru-baru ini penulis berkesempatan ke majlis rumah terbuka seorang rakan sekolah di utara semenanjung negara. Sebenarnya ia majlis itu juga lebih kepada reunion bagi bekas-bekas pelajar batch kami puluhan tahun sebelum ini.

Meskipun tahu bahawa rakan yang menjadi tuan rumah itu seorang penyokong PAS, penulis tidak pernah sangsi untuk terus bersahabat dengannya walaupun wujud perbezaan ideologi politik antara kami. Agama kami tetap Islam dan kami bersaudara.

Menganjurkan majlis seperti ini saban tahun, namun kali ini agak berbeza apabila seorang sahabat kami yang membuka topik politik di meja. Dia berbangga mendakwa penyokong parti ‘cap bunga’, bagai tidak malu mencemar pertemuan ukhuwah sentimen politiknya.

Sengaja dia mengaku menyokong parti ‘cap bunga’ dan bertanya pada tuan rumah mengenai pendirian PAS yang enggan menyertai Pakatan Harapan. Dia perlekeh PAS terang-terangan dan menuduh parti itu sebagai ‘buta politik’.

Sebenarnya, kami tak pernah buka topik politik sewaktu majlis sebegini. Jika mahu bercakap soal politik, kami lebih gemar berborak mengenainya di kedai mamak. Lebih santai dan terbuka, tidak mengganggu tujuan majlis. Namun persoalan yang dibangkitkan rakan tadi mencetus senyuman ‘sinis’ tuan rumah dan dia diajak solat maghrib berjemaah bersama…

Selesai majlis pada petang dan solat jemaah maghrib bersama, tuan rumah mengajak penulis dan rakan tadi ke kedai mamak berdekatan. Belum sempat air yang dipesan tiba, tuan rumah mula ‘membasuh’ rakan penyokong parti ‘cap bunga’ terbabit…

Tuan rumah berkata, bekas Perdana Menteri itu sebenarnya lebih teruk pentadbiran dan imejnya dari Perdana Menteri sekarang. Jelasnya, perbuatan meletakkan kaki ke kaca televisyen ketika Perdana Menteri berucap bukan suatu yang baru, malah perkara itu sudah lama berlaku di era bekas Perdana Menteri itu.

“Pantang dia bercakap, dalam berita pun kaki akan tertempek di mukanya. Tidak cukup dengan itu, dihamburkan kata-kata nista. Kesudahannya, akan ditukar ke siaran lain atau ditutup saja televisyen itu,” katanya.

Dia menjelaskan kenapa pembangkang ketika itu yang terdiri dari PAS dan DAP amat membenci Mahathir. Katanya, PAS tidak akan sesekali lupa pada kezaliman pengerusi PPBM itu berhubung peristiwa Memali, penolakan draf hudud dan tekanan-tekanan lain yang dihadapi ketika zaman tersebut.

Malah katanya, zaman ini cukup terbuka berbanding zaman dahulu. Jelasnya, di zaman itu semuanya akan ‘ditutup’ serapat-rapatnya. ‘Everything to hide’ ketika itu. Skandal-skandal yang berlaku ‘ditutup’, sebaliknya mereka yang cuba bercakap mengenainya akan dihumban ke penjara di bawah akta ISA.

Dia juga menyebut beberapa nama yang pernah dihumban ke ISA kerana cuba mempersoal bekas Perdana Menteri itu. Katanya, bukan sekadar Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan beberapa nama pemimpin PAS, DAP dan PKR yang pernah menjadi mangsa, malah ada pemimpin UMNO sendiri pun pernah hadapi masalah yang sama.

Jadi jelasnya, ia bukan lagi sebuah kerajaan BN atau UMNO, tapi ia lebih kepada ‘kerajaan bekas Perdana Menteri’ itu. Bila perkara baik dilakukan, maka dia ambil kredit untuk dirinya sendiri. Tapi jika ia melibatkan keputusan yang tidak bagus, maka akan diheret semua menteri kabinet, kononnya dibuat secara ‘konsensus bersama’.

Tuan rumah bertanya sama ada rakan kami itu pernah membaca ‘A Doctor In The House’? Rakan kami itu menggeleng. Kata tuan rumah, jika dibaca buku itu maka secara tidak langsung akan kenal siapa sebenarnya ‘doktor’ berkenaan.

Komen dari tuan rumah mengatakan buku itu tidak lebih hanya ‘mengangkat diri sendiri’, satu penceritaan dari seorang ahli politik yang terkenal namun tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Sebagai contoh katanya, doktor itu mendakwa kononnya dia tidak pernah gunakan ‘duit’ sepanjang karier politiknya. Boleh percayakah???

Kata tuan rumah lagi, paling teruk ialah bekas Perdana Menteri itu bagai tidak mengiktiraf hukum Allah. Ditolaknya mentah-mentah draf hudud walau lebih 3 kali diusul padanya. Ia adalah berbeza dengan Perdana Menteri sekarang yang menerima dan menyediakan platform untuk dikaji bersama supaya dapat direalisasikan mengikut perlembagaan.

Bahkan, bekas Perdana Menteri itu juga dianggap pernah mencemar kuasa institusi Raja-Raja Melayu dengan beberapa siri krisis perlembagaan dengan taktik propaganda ‘kotor’ yang terkawal. Jika Raja-Raja Melayu pun ditekan ‘si kuku besi’, apatah lagi rakyat biasa…

Pengerusi PPBM itu juga ketika berkuasa telah gagal mengimbangi konsep ‘check and balance’ apabila memecat bekas Ketua Hakim Negara, salah satu cabang kerajaan berteraskan demokrasi berpelembagaan. Katanya, jika badan judiciary, eksekutif dan legislatif berada di dalam cengkaman ‘si kuku besi’, bayangkan apa yang akan berlaku?

Apakah ketika itu ada konsep demokrasi raja berperlembagaan? Apakah wujud keadilan dari prinsip keadilan sosial? Apakah wujud konsep ‘check and balance’? Dan apakah ketika itu dia melihat kepentingan Islam sebagai suatu keutamaan? Dia hanya pentingkan politiknya sahaja…

Katanya, kerana itulah PAS kini sesudah bermuhasabah telah kembali ke perjuangan asal. Kembali ke fitrah perjuangan asal di mana yang dikejar adalah redha Allah, manakala politik yang bertujuan untuk kuasa tertakluk kepada hukum-hakam yang ditetapkan Islam. Pada PAS, tidak guna berkuasa jika tidak diredhai Allah…

Terlopong rakan parti ‘cap bunga’ itu yang akhirnya mengaku baru saja berjinak-jinak ‘mengenali politik’ di tanahair. Nampaknya mungkin dia ‘baru kenal’ realiti politik dan teruja dengan keadaan itu. Penulis tersenyum sinis. Agak lucu menyaksikan rakan ‘disekolahkan’ tuan rumah. Puas melihat dia ‘terkulat-kulat’…

Namun begitu, tuan rumah tetap memohon maaf sekiranya dia terkasar bahasa. Dijelaskan juga bahawa politik hanyalah bersifat duniawi sementara matlamat yang dituju bersama adalah akhirat. Barulah penyokong parti ‘cap bunga’ itu kembali menguntum senyum!

Tidak dapat dipastikan sama ada rakan itu akan terus bersama parti ‘cap bunga’ atau tidak. Namun telahan dari reaksinya berkemungkinan besar dia akan ‘insaf’. Penulis hanya berkata padanya, hati-hati dalam perjuangan politik supaya tidak tertipu. Dan satu lagi, jangan bercakap soal politik di majlis Aidilfitri. Sekali lagi dia terlopong!






Leave a Reply

Threesome