Menu Utama

Bekas Peguam Negara Sahkan Mahathir Fitnah Agong Almarhum Sultan Iskandar

Oleh Amin Yatim

Bekas Peguam Negara yang penuh kontroversi Tan Sri Abu Talib Othman mengesahkan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan Lima orang Hakim pada 1988 berpunca daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Sungguhpun Abu Talib dalan wawancara dengan Malaysiakini.com mendakwa “krisis kehakiman yang menggemparkan seluruh negara pada 1988 dulu tidak lain adalah berpunca daripada hakim-hakim sendiri”; Namun beberapa fakta yang diberikan beliau jelas menunjukkan Mahathir dalang sebenar dalam krisis tersebut.

Abu Talib mendakwa pemecatan Ketua Hakim Negara dan Lima orang hakim ketika itu berpunca dari tindakan mereka sendiri mengadu kepada Yang Dipertuan Agong mengenai campur tangan eksekutif dalam kehakiman.

Siapakah cabang eksekutif ketika itu? Mahathir atau Agong?

Sudah tentu Mahathir. Jadi bagaimana aduan terhadap Mahathir menjadi salah Yang Di Pertuan Agong ketika itu. Mengapa Agong perlu murka kepada Hakim yang mengadu mengenai Eksekutif?

Berkongsi ceritanya, bekas peguam negara itu berkata, satu pertemuan di kalangan hakim mahkamah agung dan mahkamah tinggi memutuskan ketua mereka ketika itu, Tun Salleh Abbas, wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengadu ada “serangan” oleh badan eksekutif ke atas badan perundangan (sic Kehakiman) negara.

Pertemuan itu diadakan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan beberapa pindaan perlembagaan di parlimen untuk melucutkan “kuasa perundangan persekutuan” daripada mahkamah dan dengan itu badan berkenaan hanya mempunyai kuasa berdasarkan apa yang diizinkan parlimen.

“Dalam surat – yang ditulis sendiri oleh Salleh – kepada Agong, ketua hakim negara itu menyatakan keluhan hakim-hakim terbabit terhadap tindakan badan eksekutif ke atas badan kehakiman negara.”

Abu Talib, yang terkenal dengan kontroversi mengarahkan bahan bukti video lucah seorang ahli politik MIC dibakar sebelum siasatan selesai, membuat kesimpulan yang sangat luar biasa dalam usaha mahu mempertahankan Mahathir.

“Aduan itu (ed. mengenai campur tangan eksekutif dalam kehakiman) nampaknya menyebabkan rasa kurang senang Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Baginda kemudian merujuk memorandum daripada Salleh kepada perdana menteri dengan titah tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan aduan berkenaan,” kata Abu Talib kepada Malaysiakini dalam satu temu bual.

Sultan Iskandar yang dimaksudkan Abu Talib menjadi Agong ketika itu ialah Sultan Johor.

Soalnya mengapa Baginda perlu rasa murka atas aduan Kehakiman ke atas Eksekutif.

Malahan titah Baginda yang dipetik oleh Abu Talib, “tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan aduan berkenaan” menunjukkan Agong menjalankan tugas baginda dengan wajar dan bertanggungjawab apabila mengarahkan Perdana Menteri menyelesaikan.

Baginda tidak mengarahkan Ketua Hakim Negara dan Lima orang hakim dipecat.

Jelas Mahathir dan Abu Talib mengambil kesempatan titah baginda bagi menubuhkan satu tribunal yang bias dan akhirnya memutuskan semua hakim terbabit dipecat.

Keputusan Tribunal ciptaan Mahathir ini mengikat “tangan” Tuanku Agong untuk memperkenankan keputusan tersebut.

Walaupun dalam temubual Malaysiakini dengan Abu Talib bertujuan membersihkan imej Mahathir, namun jelas akhirnya ia mengesahkan gosip sebelum ini bahawa Mahathir di sebalik pemecatan Ketua Hakim Negara dan Krisis Kehakiman 1988.

Mahathir mendakwa tindakan Salleh menghantar surat aduan mengenai bunyi bising oleh kontraktor pengubahsuaian Istana Johor di Kuala Lumpur yang terletak berhampiran kediaman Salleh kepada Agong ketika itu adalah punca pemecatan Salleh

Jelas Mahathir telah memfitnah Almarhum Sultan Iskandar apabila mendawa baginda menitahkan Salleh dipecat kerana biadap.- MYKMU.NET






3 Komen to Bekas Peguam Negara Sahkan Mahathir Fitnah Agong Almarhum Sultan Iskandar

  1. sman says:

    Kenyataan mantan AG juga mendedahkan bahawa Mahahtir benar-benar berbohong,berkaitan kononnya Agong murka pda Tun Salleh kerana komplen bunyi bising kerja pembinaan yg datang dari istana berkaitan. Kenyataan Mahahtir itu juga sudah di sanggah oleh anaknda baginda TPA.

  2. Dkds says:

    Betui kata sman, makin teruk dah pusingannya.

  3. Dkds says:

    Bercakap dalam sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong ketika itu mahu Salleh disingkirkan.

    Katanya, ia berpunca daripada aduan dibuat Salleh menulis surat kepada semua Sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa “terlalu bising dan mengganggu rumahnya”.

    Agong ketika itu ialah almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail.

    http://www.mykmu.net/2015/06/ketua-hakim-negara-dipecat-atas-permintaan-agong-sultan-johor-tun-mahathir/

Leave a Reply

Threesome