Menu Utama

Akur Arahan RoS: Ikut Gebang DAP, Khinzir Pun Boleh Terbang

DAP akhirnya akur dengan arahan RoS supaya parti itu mengadakan semula pemilihan CEC dengan mengguna pakai daftar pewakilan 2012 – atau yang bermaksud seperti itu.

Ini berlawanan dengan sikap yang ditunjukkan DAP beberapa hari lepas (sehingga semalam) bila mana parti cauvanis itu (memetik kata Muhyiddin Yassin) berkeras enggan mengadakan semula pemilihan tersebut, termasuk persoalan bodoh membangkitkan orang yang sudah mati.

Dari tunggu surat, kepada selepas dapat surat, DAP berkeras taknak buat pemilihan semula.  Sekali pandang, garang-garang ni seolah-olah ia adalah DAP yang ditubuhkan dibawah undang-undang untuk menjadi pengawal selia kepada RoS, bukan sebaliknya.

Rupanya DAP hanya tunjuk keras di luar saja, hakikat di dalam, mereka juga tidak berdaya melawan arahan RoS, yang ternyata dalam hal ini, bertindak mengikut undang-undang – sebab itu DAP tak berani melawan.  Ini lebih kurang ceritanya macam Top Dog la juga, menyalak bukan sebab berani, tapi sebab nak tutup yang takut di dalam.

Justeru selepas ini tahulah kita hendaknya bahawa inilah rupa sebenar DAP, hanya berani tunjuk handal di luar sedangkan di dalam, dia pun ada lemahnya juga.






Leave a Reply

Threesome