Menu Utama

Sumber Kekayaan Anak2 Mahathir, Terus Dipersoalkan Ahli Partinya Sendiri

SELEPAS satu sidang media hampir sebulan yang lalu oleh ahli-ahli Armada PPBM menuntut jawapan kepada banyak persoalan mengenai sumber kekayaan anak-anak Mahathir, kumpulan yang sama diketuai seorang Exco Armada, tampil sekali lagi hari ini menanyakan soalan yang sama.

Menunjukkan disitu, dari sidang media yang pertama sehingga hari ini, kepimpinan parti cap bunga itu tidak mengambil peduli keraguan yang ditimbulkan ahli parti itu sendiri berhubung status kekayaan anak-anak Mahathir.  Sebulan tu, jawab tidak, ambik tindakan ke atas yang bertanya pun tidak.

Gebang bukan main kau kencang masa tubuh PPBM ni dulu, sekali kena soalan yang mencucuk batang hidung sendiri pandai pulak berdiam.

Penulis tidak begitu mahu mengulas tentang soalan yang tidak berjawab ini kerana mengenali Mahathir, dia hanya pandai bertanya, menjawabnya tidaklah begitu reti – melainkan mengelak dengan cara sinis-sinis yang dia saja faham tujuannya apa.

Yang menjadi kehairanan kepada penulis ialah, sejak lebih sebulan ketika sidang media bertanya soalan yang sama diadakan, kumpulan ini telah dilabel sebagai pemakan dedak UMNO yang menyusup dalam PPBM.  Tapi agak aneh, sehingga ke saat ini, masih tidak ada sebarang tindakan di ambil ke atas kumpulan tersebut.  Dah yakin itu orang UMNO yang menyusup, tapi tidak pulak dikenakan apa-apa tindakan?

Betul ke tidak orang UMNO yang menyusup atau soalan tu memang terlalu pedas nak dijawab?  Nak kata ini tanda kebebasan bersuara dalam PPBM, tak mungkin pasal soalan tu tak berjawab.  Kalau berjawab lainlah cerita.






Leave a Reply