Menu Utama

Adun Lenggeng meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail, meninggal dunia pada Selasa malam akibat serangan jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11:25 malam dipercayai selepas menghadiri Majlis Hari Raya anjuran Adun Sri Menanti, Datuk Abd Samad Ibrahim.

Jenazah Allahyarham, 56 tahun, difahamkan akan dibawa ke rumah kakak beliau di Taman Rashidah Utama, Seremban.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui laman Twitternya sebentar tadi.

Awani






Leave a Reply