Menu Utama

Tak Mampu ‘One By One’, Dia Angkat Geng Nak Jatuhkan PM?

Penulis hanya tersenyum membaca laporan media yang mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri dan Timbalannya teruk diserang kerana BN takut pada kedua bekas pemimpin tertinggi UMNO tersebut.

Kononnya, dengan gabungan ‘mentor dan menti’ itu ia akan membawa keyakinan kepada rakyat untuk memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU ke-14 nanti. Lebih kurang begitulah kata ‘macai’ berkenaan.

Soalnya, benarkah UMNO atau BN takut kepada gabungan bekas Perdana Menteri dan Timbalannya itu?

Pada pandangan penulis, UMNO tidak pernah takut berdepan dengan mereka yang bergelar pembangkang. Sama ada dia bekas Perdana Menteri atau Timbalan, Presiden mahupun Timbalannya, itu tidak pernah menggentarkan UMNO. Asalkan mereka pembangkang, mereka kekal sebagai musuh politik.

Diimbas kembali senario politik negara, bekas Presiden dan Timbalannya itu juga pernah menyerang PAS dan DAP sebelum ini. Sejak dahulu lagi tradisinya UMNO tidak pernah takut pada mereka yang cuba merampas kuasanya secar demokrasi.

Cuma, adalah sekali dua bila UMNO dicabar secara tidak demokrasi, menyalahi perlembagaan dan perundangan negara, maka terpaksalah dikerah pihak berkuasa untuk mengawal keadaan. Itu tindakan normal, bukan berunsur takut.

Untuk apa takut pada bekas Presiden dan Timbalannya yang kini menjadi pembangkang? Selama 22 tahun dia mentadbir, kita terpaksa diam kerana takut ditahan di bawah ISA, Ops Lalang dan sebagainya. Kini dia tidak lagi berkuasa, cuma kerajaan kini tidaklah zalim atau ‘diktator’ sepertinya.

Sebaliknya pada pandangan penulis, sebenarnya mereka berdua itu tidak mempunyai kekuatan untuk menjatuhkan Najib. Bukti jelas, bekas Perdana Menteri itu mungkin berjaya jatuhkan Tun Abdullah, namun dia gagal jatuhkan Najib.

Dia gagal jatuhkan Najib dari dalam UMNO walau dibantu Timbalan Perdana Menteri dan anaknya, seorang Menteri Besar. Dia tidak mampu berdepan dengan Najib dengan helah-helah politiknya. Kenapa? Kerana Perdana Menteri dapat ‘menbaca’ percaturannya…

Dia terpaksa keluar UMNO bersama konco-konconya itu. Dia terpaksa jilat kembali segala kahak hijau yang dia ludah berpuluh-puluh tahun sebelum ini. Dia terpaksa berdepan kembali dengan segala ‘dosa-dosa’nya yang lampau.

Dia juga terpaksa bergabung bukan saja dengan bekas Timbalan yang dia pecat, humban ke penjara dan malukan serata dunia, malah dia terpaksa bergabung dengan Kit Siang dan Mat Sabu untuk jatuhkan Najib. Malah jika boleh, dengan ‘syaitan’ pun dia sanggup bersekongkol asalkan matlamatnya tercapai dan egonya terselamat.

Jika rasa tidak yakin pada kekuatan diri, UMNO dan BN kini, penulis yakin sudah lama Najib tumbang. Namun tidak begitu kelihatannya. Negara diiktiraf semakin berkembang baik kedudukan ekonomi dan kestabilannya di mata dunia. Malah kedudukan politik Najib bertambah teguh sama ada di dalam UMNO mahupun BN.

Dalam erti kata lain, bekas Perdana Menteri itu terpaksa mencari tiga lagi musuh ketatnya untuk dijadikan sekutu bagi memuaskan nafsu politiknya. Dia seorang diri tidak terdaya mencabar Najib. Nampak kekuatan Najib yang tidak mampu dicabar ‘dewata raya’?

Kita tidak pasti sama ada doa bekas Presiden PAS, Almarhum Datuk Fadzil Noor, dulu mustajab atau tidak. Kita juga tidak pasti sama ada apa yang berlaku ini adalah kafarah atau tidak. Namun kini jelas bahawa dia sedang terkapai-kapai dalam dunia politiknya sendiri.






Leave a Reply