Menu Utama

Tukar kerajaan belum 
tentu bawa kebaikan – Pas

Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal me­laksanakan perubahan seperti diharapkan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun menukar kerajaan se­ring dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Katanya, ini dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.

“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).

“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Pas Pusat di sini malam tadi. Yang turut hadir, Ketua Pe­nerangan Pas, Nasruddin Hassan.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa Pas sedang bekerjsama dengan UMNO tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.

“Pas mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.

Beliau juga yang memangku tugas Presiden parti berkata, tumpuan Pas ialah menjadikan Islam sebagai rahmat kepada rakyat serta menyelesaikan masalah kemiskinan dan perpaduan negara.

Utusan






5 Komen to Tukar kerajaan belum 
tentu bawa kebaikan – Pas

  1. Memang Baik says:

    Ye, sememangnya hal itu bukan sekadar laungan slogan tukar, tukar , tukar sahaja walau pun slogan itu telah mengembirakan satu pihak tetapi tidak untuk keseluruhan rakyat jelata.

    Slogan itu sekadar menyatakan satu tujuan dan matalamat tetapi bagaimana pengendalian seterusnya tidak pernah difikir secara baik dan terperinci. Rakyat nampak bagaimana huruharanya Penang. Rakyat nampak Selangor tidak bertukar menjadi sebaik mana. Kita akui Kelantan sejak dulu tidak lahir suasana atau masaalah baru kerana Kelantan memang sudah ditadbir sekian lama oleh satu pihak yang berkemampuan melakukan nya. Walau pun ada cacat tetapi cacat itu cacat manusia kerana manusia memang tidak sempurna.

  2. Samsudin says:

    Benar itu…tukar kerajaan belum tentu bawa kebaikan, mungkin lagi terok dari kerajaan sekarang kerana kebanyakkan orang2 politik pelahap dan perakus lagi pembohong. Kata2 mereka tak boleh di percayai…lagi2 orang2 yg bukan beragama islam, tamak nya MasyaAllah . Lagi baik memileh orang2 yg beragama islam yg tahu bab agama dari orang islam yg cetek ilmu agama islam nya

  3. Ann says:

    Ye memang, kebanyakan pertukaran kerajaan membawa kepada huru hara dan kemusnahan yg berpanjangan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Justeru itu, yakinlah bahawa kerajaan yg ada pada hari ini masih relevan dan perlu dikekalkan kecuali kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yg perlu ditukar.

  4. Pemerhati says:

    kekalkanlah kerajaan sedia ada kerana terbukti propaganda pembangkang kononnya negara diambang muflis adalah satu propaganda bohong yang mahasewel…kalau negara muflis tidaklah semakin galak rakyat terutama Orang Melayu kita berbelanja sakan di bulan Ramadan & untuk persiapan raya sampai tudung eksklusif Neelofa berharga RM800 sehelai pun orang berebut-rebut nak beli…ada tempat dikatakan habis stok, ramai yang hampa…dasyat wei!

    pada tahun lepas (2016) Neelofa kata dia akan berkahwin pada tahun depan(2017)…misal kata kalau pada tahun lepas Neelofa jual dirinya(untuk dijadikan isteri), belum sempat acara bidaan dapat dibuat atas pentas sudah ada lelaki yang booking dengan menelefon & meletakan harga bidaan paling tinggi kepada penganjur…akan hampa sekali lagi disebabkan kehabisan stok juga kali ini kepada golongan lelaki kerana acara bidaan tidak dapat dibuat & gagal mendapatkan Neelofa

  5. Pemerhati says:

    aku bercakap tentang kuasa membeli(purchasing power) rakyat kita, tiada niat langsung menganggap atau mengandaikan Neelofa jenis wanita materialistik yang sanggup menjual diri dengan harga paling tinggi untuk dijadikan isteri

    ‘purchasing power’ ini tidak terhad kepada rakyat biasa sahaja malah kepada orang politik juga yang sanggup membeli anggota parlimen dengan harga puluhan jutaan ringgit seorang untuk tujuan lompat parti bagi menumbang & membentuk kerajaan baharu

    nak tahu lebih lanjut tentang ‘purchasing power dikalangan orang politik’ ini, sila tanya PUNAI(Peliwat Ulung Negara Anwar Ibrahim)…sekali lagi, bagi mereka yang berkata negara sudah atau hendak bankrap, ianya adalah satu propaganda bohong yang mahasewel!

Leave a Reply