Menu Utama

Tuan Ibrahim Ada Akal Rupanya… Terkedu Ambiga!

Mungkin berkat Ramadhan yang mulia, sesuatu yang bernas terpacul dari mulut Tuan Ibrahim Tuan Man. Bukan selalu, jarang-jarang, namun cukup untuk membuktikan bahawa pimpinan Barisan Nasional, di sebalik apa jua, kekal sebagai kerajaan yang baik.

“Tukar kerajaan belum tentu bawa kebaikan”, begitulah antara bait-bait kata hikmat bagi Tuan Ibrahim, sungguh pun pada kebanyakkan rakyat Malaysia, ia bukanlah sesuatu yang baru. Apa tidaknya, kita melihat bagaimana kononnya kebangkitan rakyat, atau rakyat hakim negara, akhirnya membawa padah kepada negara-negara seperti di Timur Tengah.

Hancur lebur negara, dan tampuk pemerintahan saling bertukar tangan, namun masih belum mampu membina gemilang seperti sebelumnya. Sekadar mengingatkan, parti Tuan Ibrahim suatu ketika pernah mengerah tenaga dalam skala besar untuk turun ke jalanraya kononnya ala-ala Arab. Mujur gagal, dan sedar, akhirnya membuat keputusan tepat untuk tidak bersekongkol dengan pimpinan Ambiga.

Lebih manis, kenyataan tuan Ibrahim ini boleh juga disifatkan membidas kenyataan Ambiga, yang tetap mahu mengundi Pakatan sungguh pun Pakatan itu “incompetence”. Bagaimana untuk menukar kerajaan, sedang Ambiga sendiri berkata Pakatan tidak kompeten? Fikirlah, betapa tidak bertanggungjawabnya Ambiga dalam konteks membina negara.

Maka, benarlah larangan menjadikan orang kafir sebagai teman setia, seperti mana yang disebut di dalam Al-Qur’an:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi TEMAN KEPERCAYAANMU orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)

Mungkin bagi Ambiga, tujuan utamanya adalah sekadar meruntuhkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional, dan menggantikannya dengan kerajaan yang dipimpin oleh DAP dan kuncu-kuncunya sungguhpun tidak kompeten.

Semoga sempena Ramadhan ini, dibukakan hati dan minda kebanyakkan rakyat Malaysia, agar tidak sewenang-wenangnya memperjudikan masa depan negara dengan berpaut kepada watak-watak seperti Ambiga, Lim Kit Siang, Mahathir dan seumpama dengannya.

Amin.






Leave a Reply