Menu Utama

Terlupakah Azmin Akan Titah Sultan Selangor Pada 12 Mei 2017?

Murka, bukan sesuatu yang enteng. Apa yang terjemahkan oleh Tuanku Sultan Selangor bagi menunjukkan berlakunya ingkar atas titahnya.

Kita yakin, kemurkaan Tuanku Sultan Selangor itu sedikit-sebanyak berlatarbelakangkan kes-kes sama yang berulang di Selangor. Sejarah membuktikan, selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, berlaku penodaan dalam skala besar-besaran ke atas kesucian masjid. Seolah-olah, bagi pimpinan Pakatan, masjid adalah satu kawasan yang asing sehingga tidak tahu protokol dan sensitiviti walhal mereka sendiri berstatus warganegara.

“Jangan panjangkan isu”, ujar Azmin apabila ditanya media berhubung dengan keberadaan R Sivarasa di dalam ruang solat utama Masjid An Nur. Bagaimana untuk rakyat diamkan, jika beberapa kejadian yang sama telah berlaku, dan terus berlaku, seolah-olah tidak pernah dipandang serius oleh Menteri Besar, selaku orang yang bertangggungjawab ke atas titah Sultan Selangor.

Apakah Azmin terlupa untuk mentarbiyah ahli-ahli parti dan sekutunya supaya faham dan tahu tentang Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau Negeri Selangor 2010?  Antaranya, terdapat larangan yang jelas bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama di semua masjid dan surau di negeri itu atau mengadakan apa-apa acara didalamnya.

Tidak wujudkah Biro Agama di dalam PKR untuk memastikan pemimpin mereka tidak seperti pelancong yang baharu tiba di Malaysia apabila melibatkan soal sensitiviti umat Islam?

Titah Tuanku Sultan Selangor selama ini seolah-olah “masuk telinga kiri, keluar telinga kanan” si menteri besar. Walhal, pada kira-kira dua minggu lalu, iaitu 12 Mei 2017, di perasmian Masjid Perodua di Rawang, Tuanku Sultan Selangor mengulangi titahnya agar masjid dipelihara kesuciannya dan jangan disalahguna, demi untuk menyatupadukan umat Islam.

Mungkin takdir ingin memberitahu kita sesuatu, sedang 12 Mei amanah dititahkan, kira-kira seminggu kemudian titah itu tidak diikuti oleh R Sivarasa, rakan se-parti dengan Azmin Ali.

Tidakkah Azmin mahu ambil berat ke atas titah Tuanku Sultan Selangor?






Leave a Reply