Menu Utama

Shafie Apdal Tidak Ikhlas? Toleh Sahaja Kepada Idolanya

Jika dilihat dari gerak kerja dan susunan politik oleh Warisan, boleh dikatakan bahawa Shafie sedang bertindak untuk menggambarkan partinya itu dianggotai pelbagai etnik Sabah.

Darell Lieking, Junz Wong dan beberapa nama yang meninggalkan parti masing-masing dan menyertai parti Warisan, adalah bukti bahawa Shafie sedang membina kekuatan partinya, lantas meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang berpotensi untuk menguasai Sabah jika partinya menang kelak.

Tidak hairanlah jika pembangkang Sabah atau dikenali sebagai United Sabah Alliance (USA) menuduh Shafie tidak ikhlas dalam hal bekerjasama. Malah, pengerusi Gabungan Sabah, Datuk Mohd Noor Mansoor berkata Shafie mempunyai agenda peribadi dan tersembunyi. Segala-galanya tampak jelas apabila Shafie sebelum ini dilihat mahu bekerjasama, dan sering menjemput beliau dan barisan Gabungan Sabah ke program-program mereka.

Politik, begitulah. Tentunya Shafie mahu mengambil aura dan kredit, bagi menarik ramai ke majlis anjuran Warisan dengan menampilkan barisan pimpinan Gabungan Sabah. Dengan itu, beliau dapat menunjukkan kekuatan melalui jumlah khalayak. Lebih manis, hadirin yang hadir mengambil keputusan untuk menjadi ahli Warisan, dan bukannya parti-parti dari Gabungan Sabah. Tentunya bonus berganda buat Shafie.

Tidak sukar kita mengenal ego Shafie, yang tidak mungkin tunduk mengalah kepada mana-mana pihak dalam mencapai cita-citanya. Dan kita juga tahu, sewaktu bersama UMNO, apa impiannya di Sabah. Impian, bukan sumbangan. Jika berbicara tentang sumbangan, tanyalah orang Sabah apa sumbangan Shafie dari segi pembangunan, walhal menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Apa yang sukar sangat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri sendiri? Kan?

Bagi Shafie, semuanya kini adalah berkenaan dengan dirinya, dan bukan Sabah. Sama juga seperti idolanya di Semenanjung, yang tiba-tiba mengaku bersedia untuk menjadi Perdana Menteri semula. Ke mana tumpahnya kuah, kalau ke nasi.

Mungkin strateginya Shafie kuasai Sabah, sementara idolanya menguasai Semenanjung. Tak mungkin Shafie tunjuk samikna wa atokna nya sedang kita tahu sentimen orang Sabah ke atas Mahathir, kan? Kalau tidak, kenapa perlu Warisan, dan bukannya Pribumi?






Leave a Reply