Menu Utama

Seekor “Tupai” Bikin Muhyiddin Kemurungan

Nampaknya, asakan demi asakan oleh rata-rata mantan jawatankuasa penaja Parti Pribumi terhadap Muhyiddin sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Gerak-gerinya, perkataannya diperhatikan oleh ahli-ahli parti.

Gara-gara tuduhan “lalang” dan “tupai” yang diterimanya, bekas Ketua Aktivis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Mohd. Anas Sudin, memfailkan saman terhadap Muhyiddin untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan memfitnah kononnya Anas ahli PKR.

Menurut Anas, beliau tidak pernah sertai mana-mana parti lain selain UMNO sebelum bersama PPBM. Dakwaan oleh Muhyiddin itu telah memberi gambaran negatif kepada dirinya, seolah-olah seorang yang tiada pendirian dan suka lompat parti.

Nampaknya, Muhyiddin masih tidak faham apa yang sedang berlaku di dalam parti yang dipimpinnya. Kasihan juga, apabila sikap “kemenunggulan” nya telah membunuh deria-deria logik politiknya. Dengan saman ini, tentu sahaja Muhyiddin akan berada di dalam kemurungan. Satu demi satu bala yang menimpanya sejak bersama PPBM.

Dari kaca mata penulis, ahli-ahli PPBM sebenarnya memberi mesej yang jelas, bahawa Muhyiddin sudah tidak lagi diperlukan untuk memimpin parti tersebut. Bagi mereka, Muhyiddin bukanlah siapa-siapa, yang sekadar menumpang aura Mahathir dalam meneruskan karier politiknya.

Muhyiddin perlu terima hakikat, PPBM adalah berkenaan dengan Mahathir. Jika hanya berkongsi konsonan M di pangkal nama, ia belum cukup untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Mahathir.

30 Tahun Anas bersama UMNO, tidak terduga bagaimana Muhyiddin tergamak menuduh bahawa Anas adalah ahli PKR. Mungkin itulah kehebatan UMNO di mata Muhyiddin, sehingga secara tidak sedar, cuba memelihara imej baik UMNO, sambil berterusan mengaitkan PKR dengan sikap tidak setia dan pembelot.

Justeru, apa yang sedang dialami oleh Muhyiddin, adalah satu lagi manifestasi, bahawa UMNO juga tempat untuk orang-orang yang setia dengan perjuangan.

Sudah-sudahlah Muhyiddin, sementara arang di muka masih boleh dihilangkan, kembalilah ke jalan yang benar.






Satu Komen to Seekor “Tupai” Bikin Muhyiddin Kemurungan

  1. Ann says:

    Berani buat berani tanggung.

Leave a Reply