Menu Utama

Sampai masanya kita menyeru ulama mengajarkan kita pentingnya RUKUN IMAN yang terakhir.

Oleh Kang Nasir

Kerana. Bila ulama-ulama khususnya #PakLebaipolitik dan #PakWahab pun tidak percaya dan beriman kepada Qada & Qadar. Mana mungkin umat islam mampu beriman dengan rukun iman yang terakhir itu?

Kesanya lihat saja bagaimana FITNAH-FITNAH itu datang dari kelincahan lidah mereka berbicara sehingga menjadikan fitnah-fitnah itu sebagai FAKTA WAJIB MENENTANG PEMERINTAH konon menzalimi mereka. Walhal kami antara jutaan rakyat miskin amat bersyukur dan sentiasa berdoa semoga Allah berkati dan rahmati usaha PM dan semoga Allah permudahkan urusan PM.

Mereka para ilmuan yang tidak percaya dan tidak beriman kepada Qada dan Qadar ini bukannya sedar mereka sengaja berusaha menghimpun DOSA JARIAH iaitu dosa-dosa fitnah yang dijadikan sebagai bukti kebenaran islam jalan penyelesaian kepada masalah yang umat islam sedang hadapi sekarang ini. Dan dari fitnah-fitnah itulah punca semakin ramai umat islam yang hilang akal hilang pedoman kerana lebih percaya fitnah-fitnah itu adalah kebenaran. Contohnya pada pautan ini.

Antara sebab kita WAJIB PERCAYA dan BERIMAN kepada Qada dan Qadar itu dengan mengambil tahu Hikmahnya. Iaitu:
1-Melatih diri untuk lebih bersyukur kepada Allah swt.
2-Mendekatkan diri kepada Allah swt .
3-Melatih seseorang menjadi orang yang giat berusaha dan tidak cepat putus asa .
4-Menghindarkan dari sifat sombong .
5-Dapat menenangkan jiwa .
6-Membiasakan diri untuk bersabar dan bertawakal kepada Allah swt .

Allah sudah tetapkan bahagian kita masing-masing dengan segala apa jua kekurangan mahupun kelebihan yang kita kecapi miliki semua itu adalah ujian Allah kepada diri kita masing-masing. Dalam#TASAWUF. Tidak semestinya kita perlu berpeluk tubuh sambil menadah tangan sahaja tanpa berusaha. Kerana berusaha itu juga ibadah iaitu berusaha mencari rezki yang halal yang Allah redhai untuk keperluan anak dan isteri merupakan ibadah dan sedekah. Allah tidak merubah nasib kita tetapi kita sendiri perlu berusaha merubahnya sebagaimana peringatan Allah.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
(Ar-Ra’d, ayat 11).

Allah suruh kita berusaha dengan mencari yang HALAL dan yang diredhai-Nya kerana berusaha mencari rezki yang halal itu adalah FARDHU. Tapi malangnya umat islam sekarang diajar diajak berlumba-lumba memfitnah mencaci mencela bila saja tidak berpuas hati merasa susah dengan ujian yang Allah timpakan kerana kelalaian kita sendiri supaya muhasabah diri. Tetapi SIKAP ANGKUH SOMBONG dan TAKBUR yang bersarang dihati menolak jalan kebaikan yang terbentang luas dalam Quran dan Sunnah.

Allah baru uji sikit je sudah hilang akal hilang pedoman tak sedar pun INGKAR SOMBONG terhadap Allah.

“Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasakan) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.“
(Al-Baqarah, ayat 155).

Allah dah tunjukkan jalan penyelesaian dalam Quran tetapi PakLebai dan PakWahab ENGGAN mengajar kepada kita bagaimana cara untuk kita tenang senang dalam limpahan kurniaan rahmat Allah yang melimpah ruah.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Dengan berusaha pada perkara yang Allah redha itu dan kita redha dan bersyukur Allah akan tambah nikmat. Walau sedikit tapi mencukupi. Walau zahir nampak susah tapi jiwa kita tenang bahagia dengan limpahan kasih sayang rahmat Allah. Ayuh sama-sama kita menongkah arus kembali kepada Allah hindari FITNAH-FITNAH DAJAL AKHIR ZAMAN.#FitnahAkhirZaman.

Jom kita amalkan Doa Nabi Sulaiman ini.
” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
(An Naml: ayat 19)
Aamiin.
#AttackMode #MissiMemburuSrigala#MissiMemburuDajal #MissiMembakarSetan.






Leave a Reply