Menu Utama

Ramai Ditahan Kerana Tiada Tauliah, Sivarasa Pula Bagaimana?

Kira-kira dua minggu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai telah menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Tahniah diucapkan, berikutan menjunjung tinggi titah Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu institusi masjid dijadikan tempat yang tidak ketahuan hala tujunya.

Konsistensi JAIS sangat-sangat kita hargai, namun apa yang berlaku baru-baru ini juga sangat mendukacitakan apabila timbul dakwaan bahawa R. Sivarasa telah memberi ceramah di dalam Masjid An Nur Kampung Melayu Subang. Apa tauliah yang beliau ada sehingga dibenarkan berbuat demikian?

Kita percaya, bahawa JAIS akan lakukan penyiasatan terperinci, sebelum tindakan seterusnya diambil. Apa yang lebih membimbangkan adalah bagaimana kita membiarkan bukan Islam berada di ruang solat. Sedangkan, asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Tidakkah ianya memberi panduan untuk kita menghadapi situasi yang sama masakini? Secara peribadi, penulis tidak mempunyai masalah untuk bukan Islam hadir ke kawasan masjid, tetapi bukan di dalam ruang solat. Mungkin ayat seterusnya memberi gambaran yang lebih jelas.

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja.” ( 4:43 )

Sedang umat Islam yang berhak ke atas masjid, ditegah untuk menghampiri masjid jika berada di dalam keadaan-keadaan tertentu. Maka, apakah bukan Islam faham tentang mandi junub? Sesungguhnya ayat terdahulu (sesungguhnya musyrik itu kotor) saling mempunyai hubungkait. Kita berbicara bukan hanya menghampiri, bahkan individu tersebut berdiri di atas ruang solat.

Majoriti ulama bersepakat bukan Islam tidak boleh memasuki Masjidil Haram, namun mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain. Sedang masing-masing mempunyai hujah dan sebab musabab, apa pula hujah untuk membenarkan Sivarasa bertindak sedemikian?

Berada di ruang solat? ‘C’mon’ lahhh!!! Azmin mana Azmin..






Leave a Reply