Menu Utama

PPBM Tubuh Lembaga Disiplin, Di Mana Kebebasan Bersuara?

Terngiang-ngiang di halwa telinga, kisah tentang Muhyiddin dan Mukhriz sewaktu tidak sependapat dengan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia. Waktu itu, alasan kebebasan bersuara demi akar umbi dijadikan modal utama oleh penyokongnya untuk sewenang-wenangnya mengkritik kepimpinan secara terbuka, selari dengan apa yang dilakukan oleh Muhyiddin ketika itu.

Rakyat perlu tahu “perkara sebenar”, rakyat mahu tahu “perkara sebenar”, ini hak demokrasi dan begitulah seadanya demi membenarkan tindakan mengkritik secara terbuka sungguhpun beliau adalah antara yang berada di dalam kabinet dan mempunyai akses untuk sebarang pertanyaan tentang apa jua isu. Itu belum diambil kira dari dokumen-dokumen yang diberikan dan boleh dibawa pulang, tetapi entah bagaimana beliau terpaksa berpandukan “The Edge” kononnya untuk mengetahui isu-isu tertentu. Punyalah haprak.

Di mana disiplin beliau sebagai ahli parti ketika itu?

Anehnya, situasi yang sama kini dialami oleh Muhyiddin selaku presiden parti, akhirnya membawa kepada penubuhan Lembaga Disiplin, yang diharapkan agar perjalanan parti dapat ditadbir secara berperaturan.

Benarkah begitu? Atau ianya adalah salah satu cara untuk mengekang lontaran-lontaran persoalan dari akar umbi parti itu yang saban hari menyatakan kepincangan parti itu? Hampir setiap hari, akan ada sahaja ahli-ahli akar umbi PPBM yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan pimpinan Muhyiddin. Bukan seorang dua, ia telah membawa satu gelombang keluar dari parti dalam skala besar-besar, dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Tahu pula Muhyiddin, bahawa serangan secara terbuka akan melemahkan parti. Justeru, terpaksa menubuhkan jawatankuasa disiplin demi peraturan. Bahasa mudahnya, tiada istilah kritikan terbuka jika ianya membawa kemudharatan kepada parti.

Lama sungguh rasional untuk mengambil tempat di hati Muhyiddin. Akhirnya, Muhyiddin terpaksa akui, walau dalam tidak sedar, bahawa parti harus punya disiplin, dan bukannya main hentam kromo dan sembrono. Sekaligus, apa yang pernah dilakukannya sebelum ini ketika mengkritik UMNO secara terbuka adalah tidak betul caranya.

Setiap parti perlu punya disiplin parti. Setiap ahli parti perlu memahami disiplin parti. Sudah terkena batang hidung sendiri baru Muhyiddin faham.

Lembab.






Leave a Reply

Threesome