Menu Utama

Najib Lancar Tiga Dokumen Besar Hala Tuju Pembangunan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tiga buah dokumen besar negara di bawah Rancangan Pemajuan Nasional (RPN) untuk menentukan hala tuju pembangunan negara yang lebih dinamik, seimbang dan daya tahan dalam menangani cabaran pembangunan masa depan.

Dokumen tersebut adalah Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN Ke-3), Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara).

Najib berkata ketiga-tiga dokumen untuk Rancangan Pemajuan Negara adalah sangat mustahak untuk menjadi sebagai rujukan utama oleh pelbagai agensi dalam merangka program-program pembangunan fizikal negara yang efisien dan mampan.

Beliau berkata penyediaaan RPN itu adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 untuk memastikan pembangunan berlaku dengan seimbang dan saksama di setiap ceruk rantau, tidak kira kampung, desa, mahupun bandar di seluruh negara.

“Saya percaya dokumen perancangan yang telah dirangka ini, sememangnya berpaksikan kepada manifestasi dan mengambil kira pandangan, kemahuan serta aspirasi dan keperluan setiap lapisan masyarakat negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran ketiga-tiga dokumen tersebut di sini hari ini.

— BERNAMA






Leave a Reply

Threesome