Menu Utama

Mahathir Raya Dgn Claire Di London? Rakyat Jangka Lebih Banyak Fitnah Selepas Ini

BALIK kampung ini, penulis agak terperanjat bila topik hangat yang diperkatakan orang bukan tentang cincin tapi tentang Mahathir pergi beraya di London.  Tentang cincin itu apa yang boleh dikatakan, bukan ada bukti sama sekali hanya andaian semata-mata.

Asas kepada rungutan ini, sedang barisan kepimpinan negara mengorbankan masa berhari raya bersama dengan keluarga untuk bertemu rakyat, Mahathir yang turut menawarkan diri untuk jadi Perdana Menteri semula, meletakkan keutamaan dirinya di atas dan rakyat dibawah dengan bercuti di luar negara

Duit dia tapi dari segi moralnya, hampir tiada.  Hipkorit macam mana siang malam bercakap sana rakyat sini rakyat, macam prihatin sangat tapi bila ada peluang baik untuk bersama rakyat, pilih untuk pergi jauh pulak.

Apa pun, cakap-cakap orang – di kampung dan media sosial mengatakan, Mahathir pergi London untuk “beraya” dengan pengendali Sarawak Report, Claire Brown. Kedua ini diketahui ada kerjasama yang rapat dalam usaha Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak bagi meletakkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri.

Tidak kurang juga yang berkata, kedatangan Mahathir kali ini ada kaitan dengan kes saman yang bakal dihadapi Claire Brown dari PAS berhubung tuduhan menerima RM 90 juta dari UMNO.  Pengendali Sarawak Report itu diketahui sedang mengumpul dana untuk berhadapan dengan saman tersebut dan kedatangan Mahathir mungkin untuk membantu dari segi ini.

Lagipun bila difikirkan semula, apa pilihan yang ada? Kedua-dua sudah terikat sekarang ni, masing-masing ada kepentingan yang perlu dipertahankan, nak taknak, kena bantu juga – kalau betullah itu kisahmya.

Begitupun, hampir semua yang bercakap tentang perkara ini, bersetuju bahawa rakyat perlu menjangka lebih banyak serangan selepas ini dari Sarawak Report selepas kedatangan Mahathir.  Dengan Claire menetap di London, Mahathir diketahui ada kerjasama dengan Claire dan Mahathir pulak beraya di London, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kalau mereka beranggapan begitu.

Janganlah marah dengan anggapan seperti ini, ia macam laporan DoJ juga, semuanya andaian dan persepsi, tidak ada bukti sama sekali.






2 Komen to Mahathir Raya Dgn Claire Di London? Rakyat Jangka Lebih Banyak Fitnah Selepas Ini

  1. Asaif Barkiya says:

    RPK berhati hati.Madey yang berada di London akan berusaha sedaya upaya untuk menemui kamu dan mencari jalan mengkompromi dengan apa cara sekali pun.Jangan di beri laluan apa cara sekali pun kepada penjenayah negara seperti madey.Satu perancangan baru sedang di susun atur dengan objektif oleh madey untuk menyerang kerajaan pimpinan DSNAR dari pelbagai sudut dengan satu dana pembelanjaan besar tiada titik untuk sekelian kalinya.
    Madey juga sedang mengatur dengan pelbagai sumber bagi mengubah tempat simpanan harta kekayaan dari Caymen Island,Dubai,UK,Geneva,Panama dan Abu Dhabi ke destinasi proksi bahru.
    Juga,modus operandi terkini adalah mengabungkan segala sumber yang ada untuk satu serangan terbesar bagi menjatuhkan kerajaan sediada oleh madey.

  2. Memang Baik says:

    M akan berbuat apa saja kerana dia banyak perkara at stake. M bimbang pasal anaknya. M bimbang pada duitnya pada proxy.. M lebih bimbang pasal skandal forexnya bersama Daim.
    M ada beribu kebimbangan berbanding PM kita. Percaya lah.

Leave a Reply