Menu Utama

Logik PakaTUN: Yang Lantik PPBM, Yang Salah UMNO.

Apabila Muhyiddin mengumumkan untuk menubuhkan lembaga disiplin PPBM, ramai yang sudah menebak untuk tujuan apa panitia seumpamanya. Tentu sahaja ianya merujuk kepada “butang panik”, yang ditekan oleh Muhyiddin gara-gara siri pembantaian ahli akar umbi terhadap kepimpinan partinya.

Tindakan yang terduga itu telah berjaya ditebak seperti di dalam artikel ini (sila klik): PPBM Tubuh Lembaga Disiplin, Di Mana Kebebasan Bersuara? 

Maka, bukanlah sesuatu yang ajaib apabila soal tiada kebebasan bersuara turut dilontarkan oleh Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar apabila bakal dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti atas rekomendasi dari ketua Armada, Syed Saddiq gara-gara cuba melontarkan persoalan tentang dakwaan hubungan sulit yang membabitkan Muhyiddin Yassin dan kekayaan luar biasa milik anak-anak Mahathir.

Tidak cukup dengan itu, Hafiz mendakwa dia dan keluarga menjadi sasaran ahli PPBM yang lain, termasuklah tentera siber yang mengancamnya, serta menuduhnya sebagai pemakan dedak, hanya disebabkan kejujuran melontarkan persoalan yang terbukti menjadi buah mulut akar umbi parti itu.

Gambar Hafiz siap berbaju melayu, di majlis anjuran UMNO digunakan sebagai bukti, kononnya Hafiz ialah ejen dan pemakan dedak UMNO. Yang paling memilukan tentang kebolehan tentera siber itu, gambar tersebut juga tertera ucapan “Selamat Ulangtahun UMNO ke 69”. Apa punya pariahlah, menggunakan gambar-gambar lama hanya untuk melayakkan kecaman “pendedak” kepada Hafiz. Kalau 2 tahun lepas punya gambar, baik letak sekali gambar Muhyiddin dan Mukhriz semasa bersama UMNO.

Bukanlah hendak pertahankan Hafiz pun (padan muka biar dia rasa), cuma malu dengan kualiti tentera siber yang difahamkan dipimpin oleh kepala perang Boboi. Sudah-sudahlah meletakkan segala kesalahan kepada UMNO, sedang keputusan perlantikan dibuat oleh pimpinan PPBM sendiri.

Siapa Muhammad Hafiz ini? Tanyalah Mukhriz, beliau lebih kenal akan anak muda ini.

UMNO tidak perlu berada atau campurtangan di dalam pengurusan PPBM. Cukup lah dengan ahli-ahli PPBM sendiri untuk menilai kerakusan dan kebobrokan pimpinan mereka. Seperti yang penulis maklumkan lama sudah, segala yang buruk dan keji telah sertai PPBM. Maka, tunggu dan lihat sahaja barah itu membusuk hingga ke tulang.






Leave a Reply