Menu Utama

Najib Beli Makan Kucing, Taknak Kata Guna Duit 1MDB? Bodohnya Pakatan!!

SEMUA orang tahu tidak ada wang 1MDB yang hilang seperti dituduh Mahathir.  Syarikat itu masih beroperasi sampai sekarang, belum nak melungkup atas apa-apa sebab.  Alangkah Proton yang setiap tahun rugi sejak 2003 pun masih beroperasi, apatah lagi 1MDB.  Model perniagaan 1MDB (sebelum dirosakkan Mahathir) adalah yang terbaik, 100 kali lebih baik berbanding model perniagaan “anak” Mahathir, Proton yang rugi memanjang, nak melingkup macam mana ye tak?.

Tapi sebab Pakatan dan Mahathir sudah kehabisan modal untuk menyerang Datuk Sri Najib Tun Razak, melainkan 1MDB.  Maka syarikat itu nampaknya akan terus jadi kambing hitam untuk memburukkan Najib dengan menggunakan Sarawak Report dan sumber luar negara lain bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Nanti datanglah budak-budak mentah Armada Mahathir buat laporan polis mintak polis siasat dengan menggunakan laporan yang disiarkan Sarawak Report, modus operandinya memang macam itu.  Begitupun sementara bab “minta polis siasat” itu berjalan, bab “kalau perkara ini benar” yang menjadi buah mulut di media sosial lebihnya.

Cakap pasal itu, rujuk sensasi terbaru Sarawak Report mengenai konon Najib membayar seorang peguam terkenal yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat Anwar tahun 2015 dengan menggunakan duit 1MDB.  Dalam banyak pembohongan, ini yang paling teruk sekali. jadah apa Najib nak bayar pendakwaraya (untuk memastikan Anwar didapati bersalah) bila Hakim yang buat keputusan dan memang pun kerja pendakwaraya untuk memastikan tertuduh bersalah?

Kiri kanan, depan belakang nampak bodoh tapi sebab Pakatan (dan Mahathir) memang bodoh, apa dia peduli.  Kita rakyat, jangan ikut bodoh sekali.  Mahathir ni digambarkan orang sebagai malapetaka besar tau, sokong dia buat apa?  Lagipun tak rasa bercanggah ke?  Mahathir kata duit 1MDB dah lesap tapi yang dok bayar sana sini sepert dituduh tu guna duit mana pulak?

Jadi menjelang PRU14 yang tak lama lagi, jangan hairanlah kalau tajuk cerita “guna wang 1MDB” ini akan bertambah banyak.  Sehingga kalau Najib beli makan kucing pun puak ini akan cuba kaitkan dengan duit 1MDB jugak – pun jangan terperanjat kalau ada jugak biol-biol Pakatan di luar sana yang percaya.






Leave a Reply