Menu Utama

Kritikan Dr Maza Terhadap Agihan Zakat Di Malaysia Adalah “Menyesatkan”

TERUK SANGATKAH PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA ???*

Dr. Aznan Hasan

Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini).

Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam. Saya juga menyelia thesis para pelajar Ph D.

Ramai yang dah siap, dan adalagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai.

Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada haikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.

Umpamanya:

1-Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan.

Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi.

Kena jelas perkara ini. Jagan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat.

Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah2 pusat zakat/ majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan.

Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti.

Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

2-Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya.

Inipun bukan perkara baru.

Banyak negeri sudah ada pun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk di pejabat, tunggu asnaf datang aje.

3-Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf.

Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernah pun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita.

Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat. Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak.

Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

4-Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain.

Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku.

Hakikatnya, pemberian zakat di bawah asnaf fi sabilillah dalam bentuk bantuan pelajaran telah lama memberikan bantuan kepada peajar-pelajar dalam bidang yang lain juga. Tolonglah update maklumat anda sebelum mengkritik.

5- Isu kutipan dan pemberian semula sebahagian duit zakat untuk diagihkan oleh institusi berkenaan. Ianya dipraktiskan oleh banyak pusat zakat/ Majlis Agama.

Di sini perlu penelitian dan penambahbaikan, terutama kutipan zakat Perlis. Minta maaf kerana menyebut secara direct.

Di dalam praktis kebanyakan pusat zakat / Majlis agama Islam, apabila sesuatu institusi membayar zakat kepada pusat zakat, maka mereka berhak untuk meminta sebahagian portion (berbeza2 mengikut negeri), untuk mereka sendiri mengagihkan kepada asnaf yang layak.

Perlu diingat, zakat tersebut tidak boleh diambil oleh mereka. Jika mereka adalah amil (tanpa layak menerima zakat di atas kapasiti asnaf lain) mereka mungkin mengambil portion asnaf amil, tetapi portion ini perlu dilihat juga berapa jumlah yang diambil oleh pusat zakat/ majlis agama utk pentadibiran mereka, agar portion zakat tidak diambil dengan banyak oleh asnaf amil, sedangkan matlamat zakat adalah untuk asnaf lain yang lebih utama.

Zakat ini perlu diagih-agihkan kepada pihak asnaf yang layak dan institusi tersebut perlu untuk memastikan bahawa zakat tersebut diagih-agihkan mengikut asnaf.

Umpamanya di bank2 Islam di Malaysia, mereka mempunyai suatu unit/ jabatan khas untuk pengagihan ini, dan pengagihan ini dibuat di bawah pemantauan Majlis penasihat syariah bank-bank Islam tersebut. Sesiapa yagn pernah masuk “meeting” majlis penasihat syariah akan tahu bagaimana ahli-ahli majlis penasihat syariah akan meneliti dalam memastikan duit-duit tersebut diagihkan kepada mereka yang sepatutnya.

Namun, terdapat beberapa kekurangan. Antara yang paling ketara ialah kutipan zakat Perlis. Banyak perkara yang perlu dibaiki.

Saya berharap Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis melakukan perubahan dalam hal ini. SS Mufti Perlis sepatutnya turut sama mengambil perhatian dalam hal ini. Sesiapa yang membuat kajian dalam hal ini, tahu perkara ini.

Tak tahulah saya kalau Majlis Agama dan Jabatan Mufti tak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang menjadikan kutipan zakat ini sebagai bisnes dan mendapat sehingga mendapat belasan ribu ringgit di atas ‘bisnes’ kutipan ini. Majlis Agama dan Pejabat Mufti kena cakna berkenaan dengan perkara ini.

Kesimpulannya daripada penerangan ringkas ini, pentadbiran zakat di Malaysia tidaklah sempurna, tetapi tidaklah terlalu buruk sehinggakan kita tak nak memberi zakat kepada Pusat Zakat.

Para agamawan pula, janganlah creat persepsi (melalui kritikan2 outdated dan tersasar anda) bahawa betapa buruknya pentadbiran zakat di Malaysia, sehinggakan masyarakat hilang kepercayaan kepada suatu institusi yang penting ini.

Ada dua institusi penting yang perlu perhatian mendalam daripada para sarjana dan agamawan, iaitulah zakat dan wakaf. Dua institusi ini, jika kita dapat mentadbirnya dengan secara efektif, banyak kebaikan yang kita dapat kutip daripada keduanya.

Note:

1) Tambahan “edited” dari saya, penulisan ini tidak bermaksud untuk single out kaedah kutipan zakat Perlis sebagai suatu isu. Pusat Zakat lain juga mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan. Ini adalah perkara biasa. Perubahan ke arah yang lain baik adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Namun kaedah kutipan zakat perlis menerusi badan2 dan individu2 memang perlukan penelitian semula dan ini agak urgent. Sebab itulah saya timbulkan perkara itu sebagai suatu kes study. Di negeri lain, saya tidak dengar org menjadikan kutipan zakat sebagai suatu bisnes (betulkan saya jika maklumat saya kurang tepat), tetapi malangnya ini berlaku kepada kutipan zakat Perlis. Pihak2 yang berkenaan perlu melihat perkara ini. Ada org buat study tentang perkara ini dan saya boleh minta org tersebut (dengan keizinan beliau, of course) share dgn Pusat Zakat Perlis.

2) Saya dinasihatkan oleh seseorang utk membuang perkataan: “Ada “hanky-panky” dalam kutipan zakat Perlis ini” kerana perkataan terlalu berat. Saya tidak ada masalah untuk membetulkan perkara tersebut, kerana itu bukan isu utama posting ini. Isu utama dalam perbincangan ini ialah, bahawa Pusat Zakat2 dan Majlis Agama2 telah melalui evolusi yang amat rapid dan perubahan itu berterusan. Ya, masih terdapat banyak kekurangan, termasuklah isu yang saya sebut secara individually (sebagai satu contoh). Tetapi jangan sampai kritikan yang dibuat menyebabkan orang hilang rasa hormat kepada suatu institusi umat Islam yang teramat penting.

3) Berkenaan dengan MAIPs dan kutipan zakat Perlis, seperti yang saya nyatakan, terdapat isu kutipan yang perlu diselesaikan. Jangan sampai tersalah faham sehingga merasakan saya menyatakan bahawa MAIPs terlibat. Bahkan saya nyatakan dengan jelas bahawa mungkin MAIPs juga tidak tahu (tengok balik posting saya di atas). Tetapi, apa yang berlaku ialah terdapat individu yang menjadikannya sebagai suatu bisnes, tanpa pengetahuan MAIPs (individu yang berinteraksi dengan saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa ianya berlaku). Tetapi, perkara ini sememangnya berlaku. Sesiapa yang terlibat dengan kutipan zakat tahu perkara ini berlaku, dan ia mesti dihentikan.

Saya tidak ada masalah untuk NGO menjadi agen untuk mengutip zakat dan membayarnya ke MAIPs, dan kemudiannya MAIPs membayar 50% untuk diagihkan kepada asnaf. Tetapi untuk ada individu yang mengutip zakat, kemudian diserahkan kepada NGO dan NGO itu kemudiannya menyerahkan kepada MAIPs dan MAIPs memberikan sebahagian portion utk diagihkan oleh NGO kepada asnaf, dan NGO kemudiannya memberikan portion kepada individu tersebut, sehinggakan beliau menjadikan ianya sebagai suatu bisnes, pada saya perkara ini tidak patut. Itulah isunya di sini. Ia tidak bermaksud sama sekali untuk saya katakan bahawa MAIPs terlibat dalam hal ini. Bahkan posting saya amat jelas dalam hal ini.

Marilah kita memperkasakan institusi zakat dan waqaf di Malaysia. Jangan sampai kritikan kita yang tak bertempat dan berlebihan memberikan persepsi negatif kepada zakat. Kena sedar bahawa para pegawai zakat telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Yang penting, apa sumbangan kita untuk membantu mereka, sama ada dalam hal kutipan atau agihan. Berapa ramai daripada kita sanggup untuk turut membantu untuk menjejak asnaf dan membuat assessment demi memastikan bahawa zakat dapat diberikan kepada orang yang selayaknya dalam jangka masa yang sepatutnya, dan dapat mengelakkan zakat dari sampai pada mereka yang tak sepatutnya)

Wallahu A’lam. Wassalam.

Dr.Aznan Hasan merupakan Profesor Madya dalam bidang Perundangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Pensyarah dan ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Maybank.






Satu Komen to Kritikan Dr Maza Terhadap Agihan Zakat Di Malaysia Adalah “Menyesatkan”

  1. System baru says:

    Sepatut zakat kena bagi bantuan pada golongan gelandangan dan golong miskin tak kira mana tempat chow kit atau kawasan orang kaya yg terdapat orang miskin dalam nya

    Aku Masih ingat lagi kes zakat selangor dulu di zaman tun mahathir jadi pm dulu, keluarga duduk shah alam konon tempat orang kaya dekat situ ada keluarga miskin tak dapat bantuan oleh pusat zakat ‘ini pengajar pada pusat zakat supaya ambil tahu masalah berlaku pada umat islam itu sendiri perkara masuk ke tv3 baru zakat nak tolong, macam ke cara zakat berkerja untuk umat islam

    Jika orang islam bantuan tolong bantu mereka tak kira mereka anda berada di shah alam atau taman melawati atau kawasan miskin seperti chowkit dan keramat tak semua duduk kawasan kaya itu tolong hantar orang melawat mereka ini dan siasat mereka adakah mereka mampu in tak, aku masih ingat kes taman malawati dulu ada minta bantu pada pusat zakat mereka langsung tak hantar orang konon mampu atau tak menerima zakat tak siasatan orang mampu atau tak,

    Yg duduk pusat zakat semua pemalas tak kira zakat selangor mahu pun zakat wilayah itu

    Mencari orang miskin kena tumpukan di kawasan miskin itu betul, kita lihat ngo bagi makan pada gelandangan sepatut pusat zakat bagi makan pada mereka ini dan pada mereka mampu berkerja cari kan mereka perkerjaan, pusat zakat kena buat pusat menbantu gelandanganya sendiri itu cara betul, pusat zakat kena kenal pasti mana keluarga gelandangan untuk bantu

Leave a Reply