Menu Utama

Kepalsuan Teori Konspirasi Raja Salman Dalam Animasi The Simpsons

Gambar Raja Salman, As-Sissi dan Donald Trump ini diambil ketika perasmian anti-terrorism centre di Riyadh di mana Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat diadakan baru-baru ini.

Pembenci Saudi percaya kononnya gambar mereka memegang globe itu adalah berdasarkan ramalan dari animasi The Simpsons 17 tahun lepas kononnya menjadi kenyataan.

Sedangkan FAKTANYA, gambar animasi tersebut baru sahaja diterbitkan dalam trailer (bertajuk 125 Days: Donald Trump Makes One Last Try To Patch Things Up With Comey | Season 28 | THE SIMPSONS) bertarikh 26 Mei 2017 dalam channel Youtube Animation on Fox sedangkan sidang kemuncak tersebut berlangsung pada 20-21 Mei 2017.

Yang peliknya ramai percaya sebelum menyelidik dan menyebarkan pula berita tersebut.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah seseorang dianggap pendusta, ketika dia menceritakan semua berita yang dia dengar. [HR. Muslim 25167]






Satu Komen to Kepalsuan Teori Konspirasi Raja Salman Dalam Animasi The Simpsons

  1. […] Kepalsuan Teori Konspirasi Raja Salman Dalam Animasi The Simpsons […]

Leave a Reply

Threesome